Home » , » Tanah Runtuh - Menhantui Mereka Di Kawasan Bukit

Tanah Runtuh - Menhantui Mereka Di Kawasan Bukit

Written By Unknown on Saturday, January 5, 2013 | 10:25 PM

Bencana Alam,sudah banyak berita tentang macam-macam bencana,yang aku nak cerita ni tentang tanah runtuh,tempat biasa berlaku adalah kawasan yang ada bukit.Pembeli mestilah berwaspada ketika hendak membeli rumah,kaji dulu kawasan tersebut sebelum sain setiap surat penjanjian daripada pemaju.jangan main belasah saje,kebiasaannya kalau disebabkan bencana Alam,pihak insuran tak bayar kerugian,ni lagi cerita dari akhbar untuk tatapan semua..
Kerajaan akan mengetatkan syarat pembinaan projek perumahan di kawasan tanah tinggi termasuk memastikan mempunyai pendekatan penyelesaian kejuruteraan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pemaju perlu mematuhi syarat tersebut kerana kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
''Saya percaya sudah sampai masanya kita perlu menjadi lebih tegas walaupun pemaju-pemaju kemungkinan akan berkata mereka perlu berbelanja lebih banyak untuk memajukan kawasan perumahan tersebut mengikut pendekatan penyelesaian kejuruteraan yang tepat.
''Namun demi keselamatan rakyat dan harta benda, kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan seperti ini tidak boleh dikompromi lagi,'' katanya dalam majlis penyampaian peruntukan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Kemas di kawasan Parlimen ini di sini hari ini. - UTUSAN

Hati-hati beli rumah..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .