Home » , » Lagu Aku Untuk Kamu Semua

Lagu Aku Untuk Kamu Semua

Written By Unknown on Sunday, March 10, 2013 | 6:27 PM

Untuk kamu...nyanyiannya begitu merdu dan enak di dengar..rasa rileks jer dengan alunan muzik yang kena dengan tema lagu...lagu-lagunya amat mengusik jiwa dan sentiasa bermain di bibir..


Selepas single pertama, Jejaka Idaman 2.0 dan Angle Dust penyanyi berbakat besar, Lynnzay Affandy kini tampil dengan lagu ciptaannya sendiri, Untuk Kamu.

Menerusi lagu ini, Lynnzay telah berkolaborasi bersama seorang rapper terbaru yang pernah menjadi anak didik Cat Farish, bernama Joe Farizal atau lebih senang di gelar JF.
Menurutnya, lagu baru itu diinspirasikan daripada lagu-lagu RNB yang menjadi kegemarannya dan lagu ini menyampaikan mesej tentang keinginan memiliki cinta seseorang tetapi tidak kesampaian dan hanya mampu di luahkan melalui lagu ini.
"Lagu Untuk Kamu ini adalah hasil ciptaan saya sepenuhnya dan pada masa yang sama saya turut menjalinkan kolaborasi bersama komposer muzik berbakat yang digelar TheShakes.

"Lynnzay percaya ramai pendengar boleh mengaitkan situasi ini dengan diri mereka kerana lagu ini di tulis berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri," katanya.

Muzik video lebih kreatif

Bagi menghasilkan sesuatu yang unik, Lynnzay telah mengarahkan sendiri klip videonya dan ia turut dibantu oleh pihak produksi yang dikenali sebagai LA Production.

Menerusi klip video yang dipaparkan, Lynnzay telah menyelitkan unsur-unsur tarian dalam setiap babak menjadikannya lebih menarik.

"Penghasilan muzik video ini adalah gabungan idea dan pendapat kami bersama publicist berpengaruh, Joe Saiful daripada PRC Music Artist Management.

"Dengan kepakaran yang ada, kami berkarya menghasilkan sebuah lagi muzik video yang lebih kreatif berbanding sebelum ini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada krew yang terlibat dan mengharapkan lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar," ujarnya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .