Home » , » Kerjasama Penduduk Amat Di Hargai - Jauhi Kawasan Larangan

Kerjasama Penduduk Amat Di Hargai - Jauhi Kawasan Larangan

Written By Unknown on Sunday, March 10, 2013 | 12:50 PM

Larangan pihak berkuasa kepada punduduk Lahad Datu supaya menjauhi kawasan operasi adalah kawasan merah yang dilarang sama sekali orang awam mendekati atau memasuki kawasan tersebut sehingga diberitahu kelak..bagi melancarkan operasi pembersihan untuk keamanan negara yang tercinta..

Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terlibat ini.

"Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.  - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .