BAND terkenal Indonesia, ST12 tampil dengan album kelima, Lentera Hati selepas empat tahun menyepi dari industri seni.
Lentera Hati mengandungi 10 lagu yang dicipta sepenuhnya oleh anggota ST12, Pepep.
Menurut Pepep, album kali ini istimewa kerana menyimpulkan setiap duka lara, penat jerih kariernya bersama ST12 yang pernah berdepan dengan perpecahan sebelum ini.
"Album ini sesuatu yang istimewa. Ia menyimpulkan setiap duka lara, penat jerih karier saya bersama ST12 dan meluahkan seribu rasa bahagia bersama ahli baru ST12," katanya pada sidang media dan pelancaran album ST12, hari ini.
Pada majlis sama, Pepep memperkenalkan tiga ahli baru termasuk vokalis, Ridho Tuah.
Dua ahli lain, Koko dan Indra masing-masing bermain gitar.
Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011.
Salah satu single dalam album itu yang sudah mula diterima di negara ini, Putih Putih Melati dikatakan mendapat inspirasi daripada lagu rakyat yang dulu popular dalam kalangan kanak-kanak.
"Saya inspirasikan lagu itu dari lagu rakyat, ia mengingatkan saja bahawa kita mempunyai lagu rakyat seperti itu," katanya.
Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records.
0 ulasan:
Post a Comment