Pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim sah bercerai talak satu dengan pasangannya, Dion Andrew Vercoe, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Ikatan perkahwinan lapan tahun yang dibina pasangan itu akhirnya terlerai selepas ahli perniagaan dari New Zealand berusia 40 tahun itu melafazkan cerai terhadap Jeslina,35, dalam Bahasa Inggeris, kira-kira jam 9.50 pagi.
Lafaz cerai itu diucapkan Dion di hadapan hakim, Muhammad Abdul Karim Wahab selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada 18 Februari lalu.

Abdul Karim sahkan penceraian itu, dan memerintahkan Jeslina menjalani tempoh edah selama tiga bulan.
Perjanjian yang telah dipersetujui kedua pihak juga dijadikan sebagai perintah mahkamah.
Terdahulu, peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid, yang mewakili Dion memaklumkan mahkamah, beberapa isu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam dokumen perjanjian yang dikemukakan kepada mahkamah.
Antaranya, isu berkaitan hadhanah, hak lawatan dan jagaan anak, mutaah, dan nafkah selepas penceraian itu.
Menurutnya, Dion setuju bayar nafkah edah RM5,000 sebulan selama tiga bulan, bayaran mutaah RM8,333 selama 18 bulan.
Dalam dokumen perjanjian itu, mereka turut bersetuju agar hak jagaan anak dilaksanakan secara bersama.
Sementara itu, Jeslina yang bergegas keluar mahkamah enggan mengulas lanjut punca utama cerai.

0 ulasan:
Post a Comment