Home » » Artis Pun Main Sukan,Siapa Ya Punya Kepala?

Artis Pun Main Sukan,Siapa Ya Punya Kepala?

Written By Unknown on Friday, January 11, 2013 | 2:07 AM

Bersukan adalah suatu riadah atau senaman bagi meregangkan otot-otot badan yang sarat,di ketika ini,,,,bukam saja ahli sukan main sukan......Artis pun main sukan..nak lawan budak sekolah ke,,,jangan lawan pasukan Harimau Malaya sudah...nanti,,...nanti tak pasal-pasal..20 gol lebih....boleh masuk book of rekod tu..cerita selanjutnya...

Ditubuhkan pada Februari 2012 secara tidak rasmi di mana keahliannya dalam lingkungan 20 orang saja, MASC yang diketuai Datuk Raja Rezza Shah selaku Pengerusi Lembaga Penasihat, kemudiannya berdaftar secara rasmi pada April sesudah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam Negeri. 
Timbalan Presiden MASC, Danny Anwa (X-Factor), yang mengunjungi Harian Metro baru-baru ini, berkata, selepas tiga bulan jumlah keahlian yang mendaftar dengan MASC mempunyai lebih kurang 100 orang terdiri daripada lelaki dan wanita. 

“Kesemua mereka adalah golongan artis-artis Malaysia seperti penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara termasuk mereka yang terbabit dalam bidang seni secara langsung.

“Saya mewakili presiden, Syed Aiman Alyahya ingin memaklumkan tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara artis Malaysia melalui program bersukan dan secara tidak langsung juga dapat mendekati para media dan peminat dengan cara bersukan sambil bersantai.

“Antara program yang dijalankan MASC ialah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di antara media selain memenuhi undangan jemputan bermain bola sepak di Kota Bharu, Muar, Batu Pahat, Tanah Merah dan di sekitar Selangor. 

“Insya-Allah MASC sedang dalam perancangan mengadakan satu pesta sukan untuk media, artis dan peminat. Untuk merealisasikan acara berkenaan, MASC dan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) bekerjasama antaranya menyediakan lokasi untuk acara-acara sukan seperti padang bola dan kemudahan-kemudahan lain.

“Selain itu, MASC berbesar hati kerana kelab ini mendapat sokongan padu dari rakan-rakan artis MASC yang tertarik dengan ketelusan penubuhan kelab ini yang membawa motto ‘Sukan, Berhibur & Beramal,” katanya.
Kalau ada jaguh-jaguh kampung,bolehlah cuba bermain dengan mereka,itu pun kalau mereka ini sudi...

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .