Home » , » Tempah 36 Pesawat ATR 72-600S AS$840 juta - MAS

Tempah 36 Pesawat ATR 72-600S AS$840 juta - MAS

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 10:02 PM

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menempah 36 pesawat ATR 72-600 membabitkan kos pembelian lebih AS$840 juta daripada Avions de Transport Regional G.I.E (ATR).

Tempahan itu membabitkan 20 pesawat ATR 72-600 turbo-prop serta opsyen membeli 16 pesawat tambahan.

Perjanjian pembelian itu dibuat susulan memorandum persefahaman yang diumumkan oleh dua syarikat yang menandatangani perjanjian itu pada Disember 2012, dengan penyerahan bermula pada pertengahan 2013, kata syarikat penerbangan negara itu dalam satu kenyataan.

Menerusi perjanjian hari ini, MAS mengesahkan pembelian 42 pesawat ATR 72 sejak 2007, kata syarikat penerbangan berkenaan.

"MAS kini mempunyai 22 pesawat ATR 72-500 dalam kumpulannya, yang digunakan oleh anak syarikatnya Firefly (12) dan MASwings (10)," katanya.

MAS berkata pengenalan pesawat ini, pesawat pertama ATR72-600 yang dipilih untuk mengembangkan rangkaian Malaysia dan serantau, akan memperkukuh kedudukan kedua-dua anak syarikat ini dalam pasaran komuniti dan laluan perniagaan utama dan pada masa yang sama memperkukuh Kumpulan MAS sebagai operator utama ATR di Asia.

Pesawat baharu ATR 72-600 akan membolehkan Firefly dan MASwings meluaskan lagi penawaran serantau dan menambah laluan baharu, kekerapan dan penyambungan ke rangkaian global MAS.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata: "Kami menjalin usaha sama dengan ATR sejak lima tahun lepas dan kami berpuas hati terhadap prestasi dan hasil komersil yang ditawarkan oleh pesawat ATR 72s untuk rangkaian komuniti yang semakin berkembang."

"Pesawat baru itu akan meningkatkan lagi pengalaman pelawat terhadap syarikat penerbangan komuniti kita memandangkan ia menghubungkan lebih ramai orang di seluruh Malaysia dan kawasan sekitarnya," katanya.

Filippo Bagnato, Ketua Pegawai Eksekutif ATR, berkata: “MAS merupakan rakan berprestij ATR di Asia."

"Kami berbesar hati terhadap keyakinan berterusan mereka dan kami bangga untuk meningkatkan lagi hubungan dengan memperkenal lebih banyak kelebihan pesawat ATR 72-600, produk terbaru kami," katanya. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .