Sebaliknya beliau menyifatkan buat pertama kali dipanggil menyertai skuad negara, telah menyuntik semangat baharu buat dirinya.
"Pada saya memang setiap pemain yang dipanggil bercita-cita tinggi untuk berada bersama kesebelasan utama. Saya sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik," katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan bersama skuad Kelantan di sini hari ini.
Norfarhan hanya diturunkan pada separuh masa kedua perlawanan.
Harimau Malaya kalah 0-2 kepada Qatar dalam perlawanan itu. - Bernama
0 ulasan:
Post a Comment