Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek berusia 65 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kulai, Johor, awal pagi semalam.
“Pasukan khas yang ditubuhkan telah berjaya membuat tangkapan seorang lelaki yang juga peniaga di sebuah rumah di Kulai, Johor kira-kira jam 1 pagi.
“Dalam tangkapan itu, pihak kami juga telah merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser dipercayai digunakan suspek dan beberapa barang yang berkaitan dengan perbuatan jenayah,” katanya di sini, semalam.
Raja Shahrom berkata, suspek ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan zoo itu menunjukkan lelaki berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum polis bertindak mengesannya.
“Siasatan awal suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut namun terlalu awal untuk mendedahkan motif perbuatannya. Bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan sama ada dia bertindak sendirian atau terdapat individu lain terlibat.
“Dia kini ditahan reman selama empat hari untuk polis menjalankan siasatan secara terperinci bagi kes yang kini disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada punca air dan binatang,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan seekor beruang matahari dan kuda lumba spesies ‘Thoroughbred’ ditemui mati disyaki diracun melalui makanan di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini.
0 ulasan:
Post a Comment