Home » , , » Bestnya Kena Kejar Janda Meletop - Hafiz AF

Bestnya Kena Kejar Janda Meletop - Hafiz AF

Written By Unknown on Friday, January 4, 2013 | 2:07 PM

Seorang artis dikejar pun  bising-bising, bestkan main kejar-kejar. Tak ada pula janda nak kejar aku..,syok juga main kejar-kejar,maklum jer lah kita yang tak glamour ni sapa nak kejar..bukannya dia seorang kena kejar,arts lain pun macam-macam dikejar sama ada wartawan dan lain-lain.Kisah kejar mengejar ni dah lama terjadi,semenjak artis veteran lagi,kalau ad pencapaian atau masalah terus dikejar orang,bukannya aper,cuma nak tahu cerita dan dicerita,Dah bergelar artis glamour ,terima ajerlah artis-artis sekalian.Kisah artis ni aku copy past jer kat blog Yats..


Adatlah apabila menjadi penyanyi popular. Ada saja yang mengaku bahawa dia merupakan kekasih kepada selebriti tersebut, walaupun dia sudah tahu bahawa penyanyi berkenaan sudahpun berpunya.

Baru-baru ini Murai Batu difahamkan seorang wanita berstatus janda telah menyerang penyanyi Awan Nano, Hafiz Suip ketika artis muda berbakat besar itu sedang menunggu untuk sesi temubual bersama segmen Stailista untuk program Propaganza.

Lebih huru-hara lagi apabila janda meletup berkenaan telah memujuk rayu Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman 
hidupnya di hadapan beberapa krew yang berada di set lokasi penggambaran berkenaan.

Terkejut bukan kepalang, Hafiz juga khabarnya telah dipaksa supaya menjadi pak sanggup kerana janda berkenaan rupa-rupanya sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu.

Murai Batu difahamkan, wanita berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz kerana sudah lama menanam perasaan terhadap juara Akademi Fantasia 7 itu sejak dia mula-mula terjun ke dalam bidang seni.

Tetapi daripada apa yang Murai Batu diberitahu, Hafiz khabarnya cukup bijak mengawal perasaannya meskipun di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.
Hafiz tidak mudah melenting, sebaliknya meminta janda berkenaan menjelaskan perkara sebenar yang mungkin boleh di bawa berunding tanpa melukakan hati mana-mana pihak.
Bukan janda itu saja, malah khabarnya anak lelaki janda itu juga merupakan peminat tegar Hafiz.
Malah, atas alasan itu juga yang membuatkan janda berkenaan cukup berani untuk bertemu dan memujuk Hafiz supaya berkahwin dengannya, meskipun hakikatnya dia tahu dan sedar bahawa Hafiz sudahpun berpunya.
Janda berkenaan juga tidak segan silu berkongsi gambarnya (diatas) dengan portal murai.com.my bagi membuktikan rasa cinta dan kasih yang begitu mendalam terhadap Hafiz.
Bagi Murai Batu, perasaan kasih dan cinta tidak boleh dipaksa. Ianya lahir secara semulajadi setelah beberapa kali bertemu dan mengenali hati budi masing-masing.
Sikap serta tindakan janda berkenaan menyerang Hafiz di set penggambaran adalah adegan yang tidak ingin kita lihat lebih-lebih lagi kepada selebriti popular sepertinya.
Apa yang pasti, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, supaya ianya tidak akan berlaku kepada sesiapa saja.

Sumber  YATS

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .