Home » » Haiwan panjang Di Sangka Hantu

Haiwan panjang Di Sangka Hantu

Written By Unknown on Saturday, January 26, 2013 | 9:51 PM

Bahaya  haiwan Panjang..tidak terduga ia adalah haiwan..hantu pun takut serta haiwan ini pun takut..nasib baik tidak bersua dan terkejut dengan haiwan ini..besarnya bukan kepalan...tidak berbisa namun gagah perkasa..belitannya membuatkan gelap gelita...Jangan biarkan diri kita terdedah olehnya....
RANTAU PANJANG – Ketakutan seorang wanita yang menyangka rumahnya berhantu minggu lalu terjawab apabila menemui seekor ular tedung selar musang di bawah sofa rumahnya di Kampung Tok Edang, Batu Karang, dekat sini, kelmarin.

Pada mulanya wanita itu hendak membuka suis lampu, tetapi terkejut sebaik mendengar bunyi aneh di rumahnya.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Rantau Panjang, Mohd Johar Daud berkata, bunyi ular tersebut menyebabkan wanita itu menyangka rumahnya berhantu.

Menurutnya, setelah menyedari seekor ular berada di kediamannya, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya dan penduduk.

“Penduduk kampung memaklumkan kepada JPAM untuk membantu menangkap reptilia berbisa itu bagi mengelak bahaya kepada keluarga terbabit.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkapnya seterusnya membawa balik ke pejabat,” katanya.

Beliau turut dibantu dua anggota untuk menangkap ular berkenaan.

Mohd Johar berkata, reptilia itu jarang ditemui dan merbahaya berbanding ular yang pernah ditangkap JPAM sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya kerap menerima panggilan memaklumkan menemui ular tedung selar, tetapi sebaik ke tempat dimaksudkan, ular jenis lain ditemui.

“Ini ular tedung selar musang yang pertama kali kami tangkap tahun ini sepanjang empat meter dan seberat enam kilogram.

“Ular tersebut kami simpan di pejabat JPAM Rantau Panjang untuk tujuan pameran,” katanya.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .