Home » » Makluk Asing Ditahan Diperairan

Makluk Asing Ditahan Diperairan

Written By Unknown on Saturday, January 26, 2013 | 9:39 PM

Seramai 5 makluk asing telah ditahan di perairan kita..ekoran tidak mem,punyai permit kerja yang sah...kalau mereka-mereka dari planet pun kena tahan kerana setiap negara ada undang-undang tersendiri...kau langfkah jer sempadan sudah ...kalau terjumpa penguat kuasa...memang kena....
PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima lagi nelayan asing selepas berjaya mengesan bot tempatan melanggar syarat sah lesen serta menggunakan tenaga kerja warga asing tanpa permit sah kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot itu dikesan pada jarak 36 batu nautika dari timur laut Tok Bali dan hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati awak-awak dan tekong merupakan Warga Thailand.
 
“Mereka ditahan bersama sebuah bot berserta peralatan dan hasil tangkapan yang kemudiannya ditunda ke Jeti Operasi Maritim Malaysia Tok Bali untuk tindakan lanjut pihak siasatan," katanya.

Kes itu katanya disiasat di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 10 (1) (b) (c) akta yang sama.
 
Katanya, kes itu merupakan tangkapan ketiga tahun ini membabitkan bot nelayan tempatan dan meminta semua pihak dapat bekerjasama dengan melaporkan sebarang maklumat mengenai kejadian di laut kepada pihak Maritim Malaysia.
 
Pada 14 Januari lalu, seramai 27 nelayan warga Vietnam berusia dari 18 hingga 50 tahun ditahan daripada dua bot ketika mereka menangkap ikan menggunakan kaedah tunda gading di perairan negara.
 
Wan Burhanuddin berkata, APMM memandang serius mengenai pencerobohan bot nelayan asing kerana ianya menggugat pendapatan nelayan tempatan.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .