Home » , » Muslihat Lin Dan?

Muslihat Lin Dan?

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 9:23 PM

PENARIKAN diri jaguh badminton dunia, Lin Dan dari menyertai kejohanan Seluruh England pada 5 hingga 10 Mac ini menjadi tanda tanya banyak pihak sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pengunduran juara lima kali kejohanan berprestij itu.

Bagi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan mungkin mempunyai sebab peribadi sehingga dia memutuskan untuk menarik diri.

“Saya tak nak cakap apa-apa, itu urusan peribadi dia (Lin Dan) kerana adalah lebih penting untuk saya fokus dan bersiap sedia menghadapi kejohanan tersebut dari memikirkan hal orang lain,” katanya sebaik tamat sesi latihan di Stadium Juara, semalam.

Tidak menganggap pengunduran Lin Dan memberi laluan mudah buatnya, Chong Wei bagaimanapun tidak kisah siapa lawan yang bakal ditentang.

Menjuarai dua kejohanan Super Siri (Terbuka Korea dan Malaysia) baru-baru ini memberi motivasi lebih tinggi buat jaguh badminton negara itu untuk meraih kejuaraan ketiganya tahun ini.

Kelmarin, media melaporkan jaguh badminton dari negara Tembok Besar China itu menarik diri, namun enggan mendedahkan sebab pengundurannya.

Sejak terakhir menewaskan Chong Wei di Sukan Olimpik London, Ogos tahun lalu, juara dua kali Olimpik itu belum lagi menyertai mana-mana kejohanan.

Lin Dan bagaimanapun tidak dikenakan penalti kerana menarik diri namun, ‘kehilangannya’ dari sebarang kejuaraan menyebabkan rankingnya jatuh ke tangga 14 dunia.

Ketiadaan Lin Dan bagaimanapun tidak menjamin laluan selesa buat Chong Wei kerana beliau berkemungkinan berdepan tentangan sengit dari wakil China, Chen Long.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin mengesahkan senarai pemain perseorangan lelaki China iaitu Chen Long, Du Pengyu, Chen Jin, Wang Zhengming, Gao Huan dan Chen Yuekun ke kejohanan tersebut.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .