Home » , » Amerika Di Gegarkan Oleh Wonder Girls

Amerika Di Gegarkan Oleh Wonder Girls

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 8:51 PM


Populariti mereka di Asia memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Terbaru, single kumpulan K-pop, Wonder Girls berjudul 'Like Money' hasil kolaborasi bersama penyanyi Akon telah mendapat reaksi positif peminat dan penggiat muzik di Amerika Syarikat.
 
'Like Money' bukan sahaja diputarkan di corong radio terkenal di sana, malah turut mendapat perhatian dari pihak MTV.
 
“Tidak lama lagi, mereka akan bekerjasama dengan Jonas Brothers. Lagu-lagu mereka juga semua bagus dan tidak hairan jika satu hari nanti, mereka akan dikenali di seluruh dunia,” ujar wakil All Acsess yang bertindak sebagai syarikat rakaman dan pengedar lagu 'Like Money'.

 Selain itu, syarikat pengurusan Wonder Girls, JYP Entertainment mengakui menerima banyak maklum balas daripada beberapa pihak yang berhasrat melamar kumpulan itu bagi projek kerjasama.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .