Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, sepasukan anggotanya telah melakukan serbuan di hotel berkenaan di kampung Hulu dekat sini.
Menurutnya, dalam serbuan itu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan dua remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang kesemuanya dari negeri ini telah ditahan.
“Semasa pasukan kami mengetuk bilik hotel berkenaan, seorang remaja perempuan membuka bilik itu dan dua remaja lelaki terbabit sedang tidur di atas katil.
“Siasatan mendapati remaja perempuan terbabit sudah tidak bersekolah lagi dan hasil pemeriksaan lanjut kami menemui barangan dipercayai menjadi peralatan untuk menghisap syabu yang diletak di dalam sebuah beg,” katanya ketika dihubungi semalam.
Rahimin berkata, ketiga-tiga remaja terbabit juga tiada hubungan mahram dan pihaknya menemui lesen, kad bank dan kad pengenalan milik orang lain di dalam dompet remaja perempuan itu.
Katanya, sebaik disiasat, remaja itu mendakwa dia telah menjumpai kesemua dokumen berkenaan dan mendapati bilik hotel itu juga telah disewa di atas nama orang lain iaitu menggunakan nama salah satu kad pengenalan ditemui.
“Dipercayai kesemua mereka di bawah umur, justeru mereka telah menggunakan kad pengenalan terbabit untuk menyewa bilik berkenaan.
“Mereka duduk di hotel berharga RM45 sehari itu sejak 12 hari lalu,” katanya.
Beliau berkata, besar kemungkinan bilik hotel berkenaan juga dijadikan pusat aktiviti menghisap dadah dan kegiatan ragut.
“Berikutan meragui terhadap pelbagai penemuan barangan tersebut kami telah menyerahkan ketiga-tiga remaja terbabit kepada polis.
“Ketiga-tiga remaja terbabit juga akan di dakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment