Lebih mengecewakan apabila ada peniaga yang menggunakan poster dari JKN yang ditulis ‘Pastikan semua produk mempunyai nombor pendaftaran' yang menggambarkan seolah-olah mereka menjual barangan yang disahkan kualiti dan tidak menyalahi undang-undang.
Rampasan dibuat berdasarkan risikan dan pemantauan pegawai penguat kuasa unit itu sejak awal tahun ini di dua lokasi termasuk Taman Kerang.
Operasi selama lebih satu jam itu membabitkan tiga penjaja dengan 51 jenis ubat yang disyaki ubat perangsang seks dan ada juga yang diproses sendiri dan diisi dalam kapsul.
Kesemua penjaja memberi kerjasama dan membenarkan ubat diperiksa pegawai penguat kuasa sebelum semua ubat itu dirampas.
Ketua Penolong Pengarah, Penguat Kuasa Farmasi, Cawangan Penguat Kuasa, JKN Kamaruzzaman Othman berkata, permintaan daripada pelanggan boleh menggalakkan penjualan ubat perangsang seks.
Menurutnya, daripada maklumat yang didapati, ubat-ubatan itu dijual dengan harga antara RM10 dan RM50 sebiji.
Katanya, ubat perangsang yang dirampas itu disyaki mengandungi sildenafil iaitu sejenis bahan aktif dalam Viagra yang boleh mengakibatkan salur darah mengembang dan pengguna mungkin mengalami tekanan darah.
“Ubat-ubatan ini boleh membawa kesan negatif kepada pengguna terutama penyebab darah tinggi dan lemah jantung,” katanya.
Kamaruzzaman berkata, ubat yang dirampas akan disiasat dan jika terbukti mengandungi bahan terlarang, penjaja berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Racun 1952.
Terima bekalan dari tauke
Penjaja ubat perangsang seks di Taman Kerang mengakui menerima bekalan dari seorang tauke yang mempunyai sebuah kedai di bandar ini.
Ketika disoal pegawai penguat kuasa, mereka memberitahu, ubat itu dihantar ke tempat jualan namun ada juga dibeli dari kedai berkenaan.
Seorang penjaja berusia 47 tahun mengaku mendapat bekalan ubat itu dari seorang tauke yang menghantarnya ke tempat itu.
Katanya, selain ubat perangsang seks, dia turut menjaja minyak wangi dan minyak panas di situ tanpa lesen sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, katanya, ubat-ubat itu mempunyai pembelinya walaupun tidak pasti jumlah yang dijual dan dalam tempoh sebulan.
Lelaki yang mempunyai taraf penduduk tetap itu juga mengakui pernah diserbu penguat kuasa kira-kira dua minggu lalu.
Seorang lagi penjaja berkata, dia tahu menjual ubat itu menjadi kesalahan malah turut meletakkan poster Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang menunjukkan penjualan ubat memerlukan nombor pendaftaran.
Dia yang sudah lebih dua tahun berniaga di situ bagaimanapun memberi kerjasama kepada Pegawai Penguat kuasa Farmasi dan menerima takdir ubat-ubatan itu dirampas untuk tindakan selanjutnya.
0 ulasan:
Post a Comment