Diharap di masa ke depan,,pemandu-pemandu sekalian supaya berhati-hati dan sentiasa memeriksa kunci-kunci terkunci supaya perkara sebegini tak akan berlaku lagi..berita selanjutnya aku petik saja dari akhbar untuk berkongsi-kongsi.
Pada pendapat aku memang tak patut malapetaka yang datang dari kecuaian pemandu-pemandu yang bersalah dan mendatangkan kesengsaraan kepada pemandu lain yang tak bersalah..oh ya!! berita selanjutnya...
ALOR GAJAH - Seorang pemandu treler panik apabila empat palet memuatkan 16 tong gas silinder berisi gas hidrogen terjatuh dari kenderaan di Jalan Ramuan China, Masjid Tanah, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam itu, turut mengakibatkan letupan kecil, selain silinder seberat 65 kilogram setiap satu itu nyaris terkena seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Penguasa Bomba Kanan 2 Mohd Nor Ismail berkata, anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan telefon dari orang awam.
“Setiba di tempat kejadian, terdapat api berikutan letupan yang berlaku akibat jatuhan palet berisi silinder gas hidrogen berkenaan. Bagaimanapun, operasi memadam dilakukan dalam tempoh kurang lima minit,' katanya.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah diketuai PBK 2 Te Kim Wah terbabit dengan operasi berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada kebocoran gas berlaku.
“Pemeriksaan bagi memastikan tiada silinder gas yang terbuka kerana ia boleh menyebabkan letupan. Kesemua palet diangkat menggunakan kren untuk dinaikkan semula ke atas treler,” katanya ketika di lokasi kejadian.
Sementara itu, pemandu treler terbabit, Mohd Aris Shahadan, 41, berkata, dia dalam perjalanan dari Senai, Johor, menuju ke Nilai, Negeri Sembilan, sebelum bercadang berhenti rehat di rumahnya di Kampung Paya Lebar, dekat sini.
“Sebaik melalui satu selekoh, saya rasa treler terhoyong-hayang, sebelum terdengar bunyi dentuman kuat bertalu-talu akibat gas yang terjatuh atas jalan raya, disertai bunyi seretan kuat,” katanya.
Dia yang tergamam dengan kejadian itu, segera memberhentikan treler di kiri jalan dan mendapati empat palet membabitkan 64 silinder sudah bertaburan atas jalan.
“Dalam keadaan panik, saya turun dari treler dan terlihat api kecil pada beberapa silinder gas sebelum berlaku letupan," katanya yang bertolak dari Senai kira-kira 5.30 petang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, hasil pemeriksaan mendapati, pemandu tidak mengikat setiap palet dengan rapi hingga mengakibatkan ia mudah terjatuh.
“Selain itu, muatan gas silinder yang dibawa treler terbabit dipercayai melebihi had," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment