Home » , » Bunohan Cipta Kejayaan Di FFM25

Bunohan Cipta Kejayaan Di FFM25

Written By Unknown on Thursday, February 28, 2013 | 9:45 AM


BUNOHAN meraih tiga kategori Anugerah Cipta Festival pada majlis pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam ini.
Filem arahan Dain Iskandar Said itu berjaya meraih Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik yang diterima Imaginex studio bagi pihak mendiang Yuan Tan Tan Wei,
Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex) dan Penataan Seni Terbaik (Dain Iskandar Said).
"Saya tidak menyangka kemenangan hari ini, setiap filem memberi yang terbaik dalam pembikinan filem mereka, kemenangan hari ini merupakan hasil kerjasama
produksi yang gigih dan berusaha untuk filem Bunohan," kata Dain dipetik Bernama.
Majlis pelancaran FFM ke-25 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.
Pemenang menerima trofi dan wang tunai dari RM10,000 hingga RM15,000 mengikut kategori yang dipertanding.
Berikut pemenang Anugerah Cipta FFM25 yang disampaikan malam ini:

Poster Terbaik - SeaFood
Pereka Kostum/Busana - 29 Februari (Hasnan Yaaccob)
Lagu Tema Terbaik - Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
Penataan Bunyi Terbaik - Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan IMmaginex Studios)
Penataan Seni Terbaik - Bunohan (Dain Iskandar Said)
Skor Muzik Asal Terbaik - Bunohan (Imaginex Studios)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
Filem Pendek Terbaik - Sanzaru (Reservoir Productions Sdn Bhd)
Filem Animasi Terbaik - Ninja vs Pirate (The One Academy)
Pengarah Harapan - Syafiq Yusof (S.A.M)
Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Link Pew Wah
Anugerah Perdana FFM ke-25 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Sabtu ini dan festival anjuran Finas itu bakal menyaksikan 19 lagi
kategori dicalonkan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .