Home » , » Datuk Seri Kena Jual

Datuk Seri Kena Jual

Written By Zanuddin Yaacob on Tuesday, February 19, 2013 | 9:57 PM


Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun serta denda RM50,000 ke atas seorang kontraktor kerana meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada seorang lelaki empat tahun lepas.
Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Mohd Amirul Erwan Mohd Raslan, 36, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd Amirul didakwa meminta suapan RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk membantu seorang individu lain memperoleh darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' di Hotel Grand Kampar, Perak pada 2 Februari 2009.
Dia juga didakwa menerima suapan RM5,000 daripada lelaki itu bagi tujuan serupa di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya pada 4 Februari tahun sama.
Mat Ghani menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM25,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Mohd Amirul menjalani hukuman itu secara serentak.
Mahkamah sama turut menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 ke atas seorang penganggur Mohd Afandi Mohd Zambri, 45, kerana menerima suapan RM1,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk membantu individu itu mendapat gelaran 'Datuk Seri' di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, pada 19 Februari 2009.
Terdahulu, Mat Ghani melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan menerima suapan berbentuk sekeping cek Hong Leong Bank Bhd berjumlah RM25,000 daripada lelaki sama bagi tujuan serupa di hotel berkenaan pada 30 Jan 2009.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan untuk menangguh pelaksanaan hukuman penjara dan denda terhadap kedua-dua tertuduh, dengan syarat mereka perlu memfailkan notis rayuan dalam tempoh dua minggu, jika tidak perintah itu akan terbatal.
Mohd Amirul dan Mohd Afandi juga diarah melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak pada minggu pertama setiap bulan. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .