Home » » Dollah risau isu padang

Dollah risau isu padang

Written By Unknown on Wednesday, February 13, 2013 | 1:53 AM


JURULATIH Pahang, Dollah Salleh meluahkan kebimbangannya berhubung padang rumput tiruan yang digunakan untuk aksi keenam Liga Super menentang Lions XII, Sabtu ini.

“Kami tidak sabar untuk perlawanan Sabtu ini, namun padang rumput tiruan menjadi kebimbangan saya.

“Bermain di permukaan padang begini memberi sedikit masalah kepada kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Dollah enggan menjadikan padang sebagai alasan untuk tidak mencipta kemenangan ke atas skuad Singapura.

"Saya akui pemain bakal berdepan sedikit kesukaran, tapi itu bukan alasan untuk kita gagal meraih tiga mata.

"Dan, saya yakin pengalaman beraksi di saingan suku akhir Piala Malaysia tahun lalu, mungkin dapat membantu pemain serba sedikit,” katanya yang berharap pemain dapat menyesuaikan diri dengan segera memandangkan mereka tidak menjalani latihan di padang rumput
tiruan Bukit Jalil sebagai persiapan awal musim ini.

Ketika sama ada Pahang mempunyai tekanan menjelang perlawanan itu, Dollah berkata, “saya sedar kami berdepan tugas berat lebih-lebih lagi turun selaku pendahulu Liga Super."

“Namun, saya yakin dengan semua pemain. Mereka mampu menangani situasi tersebut dengan baik dan mereka juga kelihatan sudah bersedia untuk mengharungi baki saingan liga," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .