Kini bukan sekadar penyanyi, malah beliau juga seorang pelakon, pengacara, penulis dan pakar motivasi yang disegani.
Mampu mencipta nama di usia muda tatkala baru usianya baru sahaja mencecah angka 34 tahun, bagi empunya nama Datuk Dr Ahmad Fadzli Yaakob ini, beliau tidak pernah terfikir mampu pergi sejauh ini.
Bagi figura yang lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob dalam industri seni ini, selagi berpeluang mencuba dan melakukan sesuatu, dia perlu mengambil kesempat an itu.
Berkesempatan bertemu di majlis pelancaran buah tangan barunya, iaitu buku motivasi berjudul Motivasi Santai #Harian baru-baru ini, Fazley memberitahu, buku motivasi terbitan Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf itu merupakan yang ketiga hasil tulisan beliau.
“Buku ini memuatkan kata-kata atau ayat yang pernah dimuat naik di laman sosial Twitter milik saya.
“Ilham menghasilkannya tercetus apabila peminat memberi respons baik dan suka terhadap kata-kata serta ayat yang ‘ditweet’ oleh saya,” katanya.
Dalam pada itu, jelas Fazley, buku itu dilahirkan bagi memberi panduan kepada semua tidak kira mereka yang mengikutinya di Twitter, Facebook dan sebagainya.
“Setiap hari saya perhatikan semakin ramai yang menyukai kata-kata motivasi yang ditulis, jadi saya nekad mencari yang terbaik dan kompil di dalam buku ini,” katanya mempunyai lebih 130,000 pengikut di Twitter.
Ilham dari Twitter
Mengulas mengenai sambutan buku ini, ujar Masterchef Selebriti Malaysia 2012 ini, beliau yakin ia bakal mendapat sambutan menggalakkan.
“Ia diterbitkan kerana ada pengikut yang mahu membacanya setiap masa, apabila di Twitter, mereka sukar hendak mencari kembali ayat yang telah ‘ditweet’ sebelum ini.
“Jadi, apabila saya suarakan untuk membukukannya, mereka bersetuju.
“Kerana itu, saya yakin pengikut setia saya akan mendapatkan buku ini bagi kemudahan mereka,” katanya percaya buku ini diterima seperti dua buku motivasi yang pernah diterbitkan iaitu Motivasi Santai Harian Bila April – Cerita Paji dan Motivasi Santai
#Cinta.
Berbicara tentang isi kandungan buku ini pula, akui Fazley, dia lebih cenderung menggunakan ayat yang santai dan mudah difahami.
“Buku ini sangat santai memandangkan saya menggunakan ayat yang ‘simple’.
“Lagi pun, saya mahu ia sesuai dengan masyarakat kita yang gemar membaca sesuatu lebih ringkas dan tidak berat,” katanya turut ditemani isteri, Datin Azrene Soraya pada majlis itu.
Diaju pertanyaan penggunaan grafik buku ini yang bersifat lebih feminin, ujarnya, beliau sengaja memberi nafas feminin kepada buku ini kerana menyasarkan golongan wanita sebagai pembeli utama.
“Dari tinjauan rambang yang saya lakukan, wanita lebih suka membeli buku berbanding lelaki,” beritahunya buku yang diterbitkan sering menjadi pilihan pembaca untuk dijadikan hadiah.
Tidak berkecil hati
Berbalik kepada penglibatan beliau dalam industri seni, meskipun lebih menyerlah sebagai pakar motivasi dan pengacara berbanding penyanyi, namun Fazley mengakui dia tidak pernah terkilan mahupun berkecil hati.
Baginya, era di mana dia dikenali sebagai penyanyi sudah berlalu 11 tahun lalu.
“Ketika lagu Asmara Ini popular saya masih remaja, dan waktu itu peminat saya juga remaja, kini, apabila saya meningkat dewasa, ramai peminat saya tidak tahu saya seorang penyanyi.
“Bila mereka dengar lagu baru saya, tiba-tiba mereka tanya, ‘Eh, Fazley menyanyi ke?’” terangnya dalam sidang media yang diadakan selepas majlis pelancaran buku motivasi itu.
Tambah Fazley juga, dia faham mengapa peminat keliru siapa sebenarnya dalam industri ini.
“Adakala mereka melihat saya menyanyi, mengacara, berlakon, menjadi Chef dan memberi motivasi, sudah tentu berlaku salah faham di pemikiran mereka,” katanya terpaksa menolak tiga tawaran filem tahun ini kerana komitmen kepada tugasan lain.
Lancar album baru
Meski pun begitu, minat terhadap bidang nyanyian tidak pernah padam dan ia terbukti apabila pelantun lagu Bila April ini tampil bersama single terbaru berjudul Maaf Ku Mencintaimu.
Bercerita mengenai lagu ini, Fazley berkata, ia turut dimuatkan dalam album terbarunya yang akan dilancarkan Mei nanti.
“Single ini mendapat sambutan baik daripada peminat baru dan lama saya. Lagi pun dah lama saya tak muncul dengan lagu baru sehingga peminat lupa saya pernah menyanyi,” katanya turut mengadakan tayangan video klip lagu itu yang baru sahaja
disiapkan.
Sedikit mengenai album terbarunya itu, ia merupakan yang kelima setelah empat tahun beliau tidak mengeluarkan album.
“Ia juga akan dimuatkan dengan lapan buah lagu termasuk lagu lama dan lagu baru saya,” katanya.
Empat album yang diterbitkan sebelum ini adalah Asmara Ini (2001), Seribu Kemaafan (2002), Cerita Asmara (2003) dan Lain (2006).
Dalam perkembangan lain Fazley juga sedang menyambung pengajiannya di sebuah universiti tempatan peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi.
Sejak berkahwin dengan Datin Azrene Soraya tujuh tahun lalu, Fazley telah dikurniakan tiga putera iaitu Ahmad Fardiz Shah Fazley, 5, Ahmad Fieradz Shah Fazley, 3, dan Ahmad Firudz Shah, 1.

0 ulasan:
Post a Comment