Home » , » Siti Saleha tak lupa diri

Siti Saleha tak lupa diri

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 9:51 AM

WALAUPUN sering menjadi pilihan utama pengarah dan penerbit filem, Siti Saleha memberitahu dia tidak akan lupa untuk beraksi di kaca televisyen.

Menurutnya, sebagai seorang pelakon yang sedang meningkat naik, dia tidak mahu membataskan karier lakonannya dengan hanya terlibat di layar perak sahaja.

"Memang ada sesetengah pelakon memilih untuk beri tumpuan sepenuhnya terhadap lakonan filem supaya menjadi lebih eksklusif dan itu hak masing-masing.

"Tapi saya lebih selesa untuk berlakon tidak kiralah dalam filem mahupun drama kerana itulah rezeki saya. Kalau boleh saya juga mahu seimbangkan keduaduanya," ujarnya.

Selain filem Kerat 14, Saleha bakal muncul dalam lima lagi filem pada tahun ini iaitu Mamak Cupcakes, KL Zombie, Pencinta, Bravo 5 dan Pak Pong.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .