Home » , » Generasi Pintar

Generasi Pintar

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 9:20 PM


Program Maxis Cyberkids Camp menjadi wadah menjana kreativiti pelajar sekolah dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT).
Mengetengahkan inovasi penciptaan laman web, video, portal dan blog, pelajar didedahkan dengan pelbagai aspek pengetahuan ICT. 
Selain menjana kemampuan penghasilan kreativiti pelajar sekolah tempatan, Maxis Cyberkids Camp turut melangkah ke peringkat ASEAN. 

Berlangsung di ibu kota, baru-baru ini, 76 pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dari lapan negara ASEAN mengambil bahagian.
Pelajar dikehendaki mencipta laman web, video, portal dan blog yang me­ngandungi pelbagai elemen kemanusiaan, produk sekolah dan keunikan budaya negara masing-masing.
Modul digunakan merangkumi asas Microsoft, Internet dan pembangunan laman web selain bengkel pemantapan kemahiran diri. 
Pelajar SM St Micheal, Sandakan, Sabah, Mohd Norman, 16, berkata pasukan­nya lebih memberi fokus terhadap pembinaan portal dan laman web bagi tujuan mempromosi sekolah dan aktiviti dijalankan .
 Menurutnya, dengan menggunakan Internet sebagai bahan rujukan utama serta beberapa aplikasi seperti Photoshop dan Android mereka berusaha membina laman web yang mampu menarik minat ramai. 

“Biar pun sebelum ini, kami ada pengalaman me­ngenai penggunaan Internet, apa dipelajari menerusi program ini lebih mendalam.
“Kami didedahkan de­ngan aplikasi baru yang lebih mencabar terutama penggunaan warna, susun atur gambar dan grafik. 

“Satu pengalaman yang menarik dan mencabar apatah lagi untuk menyiapkannya, kami bukan saja perlu menggunakan kemahiran diri sendiri malah tempoh masa diberikan singkat,” katanya. 

Rakannya dari Singapura, Omar Ali Saifuddin Mohamed, 15, berpendapat cabaran menyiapkan elektronik kiosk (e-kiosk) sebagai medium maklumat cukup me­nyeronokkan. 

“ Ini kali pertama kami didedahkan dengan pembinaan teknologi itu. Memang mencabar tapi tetap menyeronokkan. 

“Banyak aplikasi dipelajari seperti Learning Management System (LMS) yang memberi peluang kami belajar mengenai aplikasi perisian yang mengautomasikan sistem pengurusan , penyemakan dan pelaporan seperti agenda pembelajaran di bilik darjah, e-pembelajaran dan sebagainya. 

“Program ini memang bermanfaat dan memberi kelebihan kepada kami untuk meneroka bidang inovasi dan reka cipta terbaru dalam ICT selain memperkasakan pengetahuan,” katanya. 

Guru ICT, SM Air Putih, Kuantan, Pahang, Shamsiah Wahab, berkata pendedahan awal mengenai ICT boleh membantu melonjakkan lagi pengetahuan pelajar mengenai perkembangan semasa. 

“Contohnya, menerusi portal, mereka boleh mempromosikan sekolah kepada masyarakat, e-koisk memberi kelebihan dalam bentuk interaktif. 

“Pelajar alaf baru perlu ada pengetahuan dalam ICT kerana memudahkan lagi proses pembelajaran mereka selain menjana kemahiran diri untuk berdepan kepantasan perubahan global,” katanya. 

Program ini bermula de­ngan 220 sekolah rendah di Sabah dan Sarawak yang disasarkan di bawah projek dan modul Penyediaan Perkhidmatan Universal yang memberi tumpuan kepada pengenalan komputer dan Internet. 

Pada 2003, program Cyberkids diperluaskan ke sekolah rendah luar bandar di seluruh negara dan sejak diperkenalkan, ia me­nyediakan latihan ICT kepada 8,500 pelajar dan guru di 1,500 sekolah seluruh negara.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .