Kicauan burung yang merdu dengan kehijauan alam semula jadi yang tumbuh subur cukup mendamaikan. Si anak kecil yang berlari mengejar rama-rama yang terbang bebas pula sungguh mencuit hati.
Dek kesibukan kerja, ada kalanya kita tidak dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Justeru, sempena cuti Hari Wilayah esok, Santai menyenaraikan 10 tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda sekeluarga kunjungi.
1. Taman Burung
Terletak di lokasi yang cukup menyenangkan dan indah di Taman Botani Kuala Lumpur. Taman Burung Kuala Lumpur adalah rumah kepada lebih daripada 3,000 burung dan 200 daripadanya adalah burung tempatan.
Dengan keluasan kira-kira 8.5 hektar, taman burung yang dibuka sejak 1991 itu adalah taman burung tertutup terbesar di dunia. Sebahagian dari kawasan itu ditutupi jaring bagi menjamin keselamatan 200 spesies burung yang menjadi penghuninya.
Taman itu terbahagi kepada beberapa zon iaitu zon satu dan zon dua adalah bahagian bebas terbang, di mana pengunjung berpeluang melihat sendiri burung yang pelbagai jenis terbang bebas.
Sementara zon tiga pula adalah Taman Enggang yang membolehkan anda melihat pelbagai jenis burung yang cantik itu. Di zon keempat pula, ia menempatkan sangkar untuk kehidupan spesies berkenaan.
Selain melihat sendiri pelbagai spesies burung dengan habitatnya sendiri, pengunjung juga boleh berehat seketika di beberapa gerai yang menjual makanan ringan.
Aktiviti seperti pertunjukan burung, memberi burung enggang makan, memberi burung helang makan dan banyak lagi turut diadakan mengikut jadual masa yang ditetapkan.
Taman Burung Kuala Lumpur dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang dengan bayaran masuk sebanyak RM25 bagi dewasa dan kanak-kanak RM12.
Taman itu terbahagi kepada beberapa zon iaitu zon satu dan zon dua adalah bahagian bebas terbang, di mana pengunjung berpeluang melihat sendiri burung yang pelbagai jenis terbang bebas.
Sementara zon tiga pula adalah Taman Enggang yang membolehkan anda melihat pelbagai jenis burung yang cantik itu. Di zon keempat pula, ia menempatkan sangkar untuk kehidupan spesies berkenaan.
Selain melihat sendiri pelbagai spesies burung dengan habitatnya sendiri, pengunjung juga boleh berehat seketika di beberapa gerai yang menjual makanan ringan.
Aktiviti seperti pertunjukan burung, memberi burung enggang makan, memberi burung helang makan dan banyak lagi turut diadakan mengikut jadual masa yang ditetapkan.
Taman Burung Kuala Lumpur dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang dengan bayaran masuk sebanyak RM25 bagi dewasa dan kanak-kanak RM12.
2. Aquaria
Bercuti di Aquaria KLCC persis berada di dalam lautan di tengah bandar yang pesat membangun. Dengan kedalaman 90 meter, pusat akuarium canggih itu memaparkan pelbagai spesies hidupan di dasar lautan di seluruh dunia, sekali gus menjadi galeri rujukan untuk pendidikan pelbagai spesies ikan.
Bertemakan pendidikan dan hiburan menggunakan kaedah interaktif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Aquaria memfokuskan kepada ‘pelayaran’ mengenali pelbagai spesies hidupan laut di serata dunia secara realiti untuk memastikan pengunjung menghayati dan mengenali spesies ikan dengan lebih dekat lagi.
Di sini anda berpeluang melihat aksi ikan jerung dari benua Afrika Selatan ketika melalui terowong akuarium di laluan bergerak yang juga memaparkan pelbagai spesies hidupan di lautan termasuk pari.
Selain terowong akuarium gergasi itu, terdapat banyak lagi akuarium pelbagai saiz yang menempatkan lebih 3,000 ikan, di samping berpeluang melihat seekor ikan tapah gergasi (Helicopter Catfish).
Sudut gedung ilmu berteknologi elektronik pula menerangkan maklumat setiap spesies hidupan. Ruang pameran ini tambah menyerlah dengan teknik pencahayaan dan dekorasi yang mengagumkan.
Aquaria KLCC dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah pula ia beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam dan kemasukan terakhir untuk Aquaria ditutup pada 7 malam.
Bayaran untuk dewasa ialah RM35 (MyKad)/ RM45 (pelancong asing), kanak-kanak RM25/RM35 dan warga emas RM25.
3. Menara Kuala Lumpur
Satu mercu tanda kebanggaan negara setinggi 421 meter, bukan sekadar menara tetapi menanti anda dengan pelbagai daya tarikan.
Dibuka secara rasmi pada tahun 1996, Menara Kuala Lumpur yang terletak di atas Bukit Nanas itu adalah menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Walaupun terletak di tengah kesibukan kota, Menara Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang cukup menyenangkan, selain pemandangan yang mempesona.
Dibina di dalam hutan simpan Bukit Nanas, anda dapat mendekati kehijauan alam semula jadi dengan pelbagai aktiviti yang cukup menyeronokkan.
Antara yang menanti anda di Menara Kuala Lumpur ialah berjalan merentas hutan Bukit Nanas serta lihat pelbagai tumbuhan dan serangga yang hanya berasal dari Malaysia.
Selain itu, anda juga berpeluang melihat pemandangan Kuala Lumpur yang pesat membangun selain menjamu selera di restoran berputar Menara Kuala Lumpur.
4. Muzium Kesenian Islam
Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur (IAMM) adalah muzium seni Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Taman Tasik Perdana dan bersebelahan dengan Masjid Negara, muzium yang cukup indah ini mempu–nyai lebih daripada 7,000 artifak.
Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan yang memuatkan buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.
Antara artifak yang dipamerkan model masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Makkah dan kitab suci al-Quran bersaiz sebesar ibu jari.
Menariknya di sini anda berpeluang melihat sendiri hasil seni orang Islam dari sebelah Timur seperti India, China dan negara Asia Tenggara, berbanding Muzium Islam luar negara yang banyak menumpukan seni Islam dari Parsi atau Timur Tengah.
Bayaran masuk ke sini ialah RM12 untuk dewasa, pelajar dan warga emas 55 tahun ke atas RM6 manakala kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah adalah percuma.
IAMM dibuka pada Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, manakala pada Isnin ditutup.
5. Taman Rama-rama
Beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna yang terpamer cukup mengujakan. Peluang melihat bagaimana rama-rama melakukan proses pembiakan dan rama-rama betina bertelur adalah pembelajaran yang cukup bermakna.
Taman Rama-Rama Kuala Lumpur adalah syurga yang dipenuhi dengan rahsia rama-rama yang cukup unik dan mengujakan.
Taman rama-rama ini adalah yang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 80,000 kaki persegi. Landskapnya cukup menarik dengan dihuni lebih 5,000 rama-rama, tumbuhan eksotik, paku pakis dan tumbuhan yang menjadi rumah kepada spesies serangga yang cantik ini.
Tarikan lain yang menanti anda di sini ialah kolam ikan koi jepun, penyu air tawar, serangga hidup dan muzium yang menempatkan pelbagai koleksi rama-rama dan serangga dari seluruh dunia.
6. Menara Berkembar Petronas
Setinggi 88 tingkat, Menara Berkembar Petronas ini adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia.
Menara Berkembar Petronas ini adalah pusat tumpuan sehenti penduduk kota dan juga pelancong dengan adanya pelbagai tarikan.
Antara tarikan yang ada di sini termasuklah Suria KLCC iaitu pusat beli-belah yang mempunyai lebih kurang 270 kedai. Taman KLCC adalah taman yang dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek joging yang pasti membuatkan anak anda seronok bermain di situ.
Terdapat juga pusat pameran dan pembelajaran iaitu Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas de–ngan pelbagai persembahan klasik dan jazz bertaraf dunia.
Jika mahukan kelainan, anda boleh melawat Jambatan SkyBridge yang memberikan anda peluang melihat pemandangan Kuala Lumpur di jambatan yang menghubungkan bangunan berkembar tertinggi di dunia itu.
Namun, tiket yang dikeluarkan setiap hari adalah terhad dan anda perlu berbaris untuk mendapatkannya.
7. KL City Gallery
Terletak bersebelahan dengan Padang Dataran Merdeka, KL City Gallery membawa anda kembali ke masa dahulu, kini dan masa depan bandar raya Kuala Lumpur.
Di sini anda berpeluang melihat sendiri sejarah Kuala Lumpur sejak ia mula dibuka sehingga kini. Lebih menarik, di sini juga anda dapat melihat pembangunan yang bakal dilaksanakan dan seterusnya Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Tanpa dikenakan bayaran untuk masuk ke galeri ini, anda juga berpeluang melihat bagaimana cenderamata yang diperbuat daripada kayu dihasilkan. Bengkel untuk menghasilkannya juga disediakan kepada pengunjung.
Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
8. Planetarium Negara
Planetarium dibuka secara rasmi pada 7 Februari 1994 dengan matlamat penubuhannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai angkasa dan sistem solar kita, selain mempamerkan kelengkapan serta peralatan kaji bintang (astronomi).
Reka bentuk bangunan Planetarium dengan seni bina Islam dan astronomi membuatkan ia menyerupai masjid tetapi digabung–kan dengan wajah futuristik.
Selain meneroka ang–kasa lepas di Galeri Pameran Penerokaan Angkasa, pengunjung boleh melihat teleskop di Balai Cerap Planetarium Negara, beriadah di kawasan rekreasi bertemakan angkasa dan taman replika Balai Cerap Purba.
Di sini, anda dapat melihat sendiri pelbagai pertunjukan dan tayangan antaranya Fly to the Moon, Solar Storm, Dawn Of The Space Age dan Passport to The Universe. Bagaimanapun, tiada pertunjukan pada Jumaat.
Planetarium Negara juga lokasi terkenal melihat kejadian gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang dan banyak lagi yang pasti mengujakan.
Planetarium Negara beroperasi setiap hari dari Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang, sementara pada Isnin ditutup.
9. Taman Botani Kuala Lumpur
Taman Botani atau lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Garden) adalah antara taman dalam bandar yang cukup popular di negara ini.
Berkeluasan 101.12 hektar, taman ini dikelilingi pelbagai tempat menarik seperti Memorial Tun Razak, Planetarium Negara, Muzium Negara, Taman Rama-Rama, Tugu Negara dan Carcosa Seri Negara.
Taman berusia 122 tahun itu melalui beberapa proses penambahbaikan dan kini ia dipenuhi dengan pelbagai spesies bunga-bungaan, orkid, rama-rama, selain mengekalkan karakter taman sedia ada.
Ia termasuk spesies pokok lama yang berusia puluhan dan ratusan tahun seperti Mahogani, Tembusu, Ara dan Pulai.
10. Istana Negara, Jalan Duta
Istana Negara Jalan Duta yang mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 adalah satu lagi tarikan pelancongan popular tidak kira pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Istana Negara yang baru ini dibina untuk menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1957. Ia diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.
Binaannya merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
0 ulasan:
Post a Comment