Home » , » Kenapa Britney Spears Putus Tunang?

Kenapa Britney Spears Putus Tunang?

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 1:35 AM


Penyanyi terkenal dunia, Britney Spears akhirnya memutuskan ikatan pertunangan dengan Jason Trawick, 41, yang juga bekas ejennya selepas bertunang pada Disember 2011. 
“Trawick dan saya memutuskan untuk membatalkan pertunangan kami. Saya akan sentiasa memujanya dan kami akan kekal sebagai kawan baik,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Pasangan itu mula berpacaran pada Mei 2010, selepas beberapa tahun berdepan dengan kerumitan hidup, termasuk kehilangan hak penjagaan dua anaknya, memasuki pusat rawatan dan mencukur rambutnya.
 
Dalam satu kenyataan lain juga, Trawick berkata; 

 “Apabila episod ini berakhir buat kami, episod baru akan bermula. Saya selalu akan menyayangi dan mengingati Britney serta anak lelakinya. Kami akan terus menjadi teman rapat selamanya,” katanya.
 
Sebelum ini dia menceraikan Kevin Federline pada 2006 dan mempunyai dua anak bersama penari itu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .