Home » , » LTdL: Terengganu taruh 7 pelumba tempatan

LTdL: Terengganu taruh 7 pelumba tempatan

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 12:02 AM


TERENGGANU Cycling Team (TSG) akan mempertaruhkan tujuh pelumba tempatan bagi menggalas cabaran di kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) ke-18 yang akan bermula dari 21 Februari hingga 2 Mac ini.
Mereka ialah Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Saiful Anuar Aziz.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, biarpun tanpa bantuan pelumba import, pihaknya tetap yakin dengan kebolehan dan keupayaan kesemua pelumba kelahiran Terengganu.
Katanya, keyakinan itu dibuat berdasarkan pencapaian yang mereka tunjukkan dalam beberapa siri kejohanan di dalam dan luar negara sebelum ini.
"Kali ini kita sasarkan sekurang-kurangnya pelumba TSG dapat menaiki podium bagi tempat pertama berdasarkan rekod LTDL lepas. Kita yakin pelumba dapat mengulangi kejayaan itu lagi," katanya kepada pemberita pada majlis perkenalan para pelumba TSG di Kuala Terengganu, hari ini.
Pada edisi LTdL tahun lalu, TSG berjaya menduduki tangga ke-10 daripada keseluruhan 22 pasukan serta menghuni tangga ketiga bagi kategori Asia.
Ahmad berkata sebagai persiapan TSG kali ini, ia telah menjalani latihan intensif di Terengganu dan sekitar laluan perlumbaan.
"TSG telah membuat persiapan rapi untuk kejohanan tersebut dan latihan dari segi teknikal dan taktikal telah dipertingkatkan terutamanya di zon pendakian.

"Tahap dan persediaan pelumba untuk bersaing dengan pelumba di peringkat pro-continenial dan pro-tour amat penting. Aspek latihan dan disiplin perlu diutamakan disamping pendedahan di peringkat yang lebih mencabar," katanya. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .