Home » , » Persembahan Hebat - Paramore Tawan Peminat

Persembahan Hebat - Paramore Tawan Peminat

Written By Unknown on Wednesday, February 20, 2013 | 11:51 PM

MENAKJUBKAN! Itulah yang boleh digambarkan mengenai konsert The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur dipersembahkan oleh band rock popular Amerika Syarikat, Paramore yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Nyata kunjungan kali kedua ini mengulangi kejayaan konsert pertama mereka yang dijalankan sekitar tahun 2010 lalu dengan sambutan yang begitu hebat. Kehadiran 5,000 peminat membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata mahu menyaksikan kehebatan kumpulan ini beraksi di pentas, memang memeriahkan suasana malam itu.

Konsert bermula kira-kira jam 8.15 malam dengan persembahan pembuka tirai dari band rock yang semakin meningkat naik diterbangkan khas dari Amerika Syarikat, Me Without You mendendangkan tujuh buah lagu.

Tepat jam 9 malam, kemunculan anggota Paramore di pentas utama membuatkan penonton bagaikan histeria lebih-lebih lagi melihatkan kelibat vokalisnya, Hayley Williams.


Tampil dengan gaya ringkas di atas pentas, kumpulan ini memukau peminat untuk terus menyaksikan persembahan bertenaga mereka.
Hanya sekadar memakai kemeja T berwarna hitam dan seluar slack, Hayley dan anggota band yang lain berjaya mencuri tumpuan peminat dengan lagu mereka Now dan That's What You Get.

Ternyata aksi gila-gila dan kelincahan Hayley bersama teman-temannya dalam setiap persembahan telah memberi keterujaan buat penonton yang hadir.

Di samping menyampaikan persembahan bertenaga, Hayley turut menggunakan kesempatan yang ada berinteraksi bersama peminatnya dan mengatakan keterujaan mereka kembali bertemu peminat dan beraksi di Kuala Lumpur.

Vokal mantap
Apa yang mengagumkan, walaupun lincah dengan pelbagai aksi, ia tidak menjejaskan vokal yang dilontarkan oleh Hayley sepanjang konsert dijalankan.

Selain Hayley, anggota band yang lain iaitu Jeremy Davis (basis) dan Taylor York (gitaris) turut tidak ketinggalan beraksi dengan baik.

Suasana meriah itu diteruskan lagi dengan lagu-lagu lama dan baru seperti Decode, Pressuire, Let’s The Flame Begin, Monster, Careful, Hello Cold World dan Fences.

Di pertengahan konsert, peminat disajikan dengan persembahan akustik menerusi lagu In The Morning dan mood sentimental itu diteruskan dengan lagu yang dinanti-nantikan iaitu The Only Exception.

Konsert yang dibawakan khas oleh Tune Talk berkolaborasi bersama Blackberry kembali rancak apabila ia diteruskan dengan lagu, Ignorance dan Brick By Boring Brick.

Sebagai penutup, Hayley telah memilih salah seorang peminatnya untuk naik ke pentas dan menyampaikan lagu Misery Bussines.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .