Pengerusi KRT Kampung Semai Bakti, Anuar Husain berkata, pendekatan itu diambil bagi menunjukkan KRT bukan sekadar menjaga keselamatan kampung, juga cakna akan kesusahan komuniti setempat.
Katanya, ibarat serampang dua mata usaha itu juga dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan agar terhindar daripada wabak penyakit seperti denggi dan penyakit lain.
“Pendekatan ini juga dilakukan agar kawasan kampung ini ceria kerana rumah yang dibersihkan ini ditumbuhi semak.
“Langkah yang dilakukan ini bertepatan dengan tuntutan agama yang mementingkan kebersihan,” katanya ketika ditemui pada acara gotong-royong sempena Program Kemasyarakatan Pemimpin Bersama Masyarakat semalam.
Program berkenaan yang diserikan dengan kehadiran isteri Adun Kemasik, Fazliaton Rohaizan Ramli disertai seramai 80 orang terdiri daripada ahli KRT, 18 ahli skuad sayang.
Sempena program itu, Skuad Sayang turut menyampaikan wang RM100 dan tiga hamper kepada empat pesakit kronik yang dikunjungi.
Pihak KRT pula menyampaikan sumbangan hamper kepada tujuh rumah pesakit kronik lain.
Kata Anuar, kunjungan dari rumah ke rumah itu memupuk jalinan mesra antara sesama jiran.
0 ulasan:
Post a Comment