Home » , » Ramdan bebas tanpa syarat

Ramdan bebas tanpa syarat

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 9:32 PM

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak akan mengenakan sebarang syarat atau mengambil apa-apa tindakan kepada pemain kebangsaan Misbun Ramdan Misbun yang mengambil keputusan keluar dari badan induk itu, 7 Januari lalu.

Presidennya, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh berkata, berdasarkan peraturan persatuan, mana-mana pemain yang keluar BAM untuk menyertai kelab luar akan dikenakan penalti.

“Tetapi tindakan Ramdan keluar adalah atas sebab peribadi kerana keinginannya untuk berlatih bersama bapanya sendiri, Datuk Misbun Sidek. Jadi kita tidak nampak ada sebab kukuh untuk dikenakan penalti.

“Kita yakin dengan kemampuan Misbun mendidik Ramdan kerana sebelum ini Misbun juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih di BAM,” katanya.

Menurut Nadzmi, ketiadaan Ramdan dalam kem latihan skuad kebangsaan di BAM sebenarnya bukanlah satu kehilangan besar atau merugikan negara.

“Selagi beliau serius bermain badminton maka negara sebenarnya tidak pernah kehilangan beliau sebagai aset berharga,” katanya.

Dalam pada itu, BAM turut melantik seorang lagi jurulatih beregu yang baru, iaitu bekas jurulatih beregu wanita Indonesia, Paulus Firman yang akan mengendalikan  beregu negara yang kini diketuai Ketua Jurulatih Tan Kim Her dan berkuat kuasa mulai 1
Februari ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .