Kuala Lumpur: Pelakon popular, Maya Karin Roelcke atau Maya, 35, kekal dengan pendirian bahawa hubungannya dengan aktor Remy Ishak tidak lebih daripada seorang teman rapat.
Kontroversi membabitkan hubungan dua pelakon terkenal ini kembali diperkatakan apabila Remy memuat naik gambarnya bersama Maya di dalam Instagram, sewaktu mengikuti program dianjurkan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Hutan Simpan Imbak Canyon, Sabah, kelmarin.
Jelas Maya yang ditemui sewaktu menjalani penggambaran filem terbaru arahan Osman Ali Sejoli di Phuket, Thailand baru-baru ini, kebanyakan peminat membuat telahan sedemikian apabila melihat dia dan Remy banyak menghabiskan masa bersama..
Katanya, sejak dulu lagi hubungannya dengan Remy sangat rapat, namun disebabkan pelakon filem 29 Februari itu banyak menghabiskan masa bersama bekas kekasihnya Tiz Zaqyah sebelum ini menyebabkan mereka jarang bertemu.
“Sampaikan ramai rakan kami yang lain sering menyindir Remy sebab dia sudah lupa kawan sebab lebih banyak menghabiskan masa dengan Tiz. “Tapi sekarang apabila mereka tidak bersama lagi, jadi kami kembali rapat dan selalu juga bertemu dan keluar bersama. Ada ketika, kami berdua dan kadang-kadang keluar ramai-ramai,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment