Home » , » Sambutan hangat Autoshow Hyrax- Sinar Harian

Sambutan hangat Autoshow Hyrax- Sinar Harian

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 8:11 PM

WALAUPUN  program berlangsung di tengah panas terik, percubaan pertama Sinar Harian bersama Hyrax Oil Sdn Bhd menganjurkan Autoshow Hyrax- Sinar Harian mendapat sambutan hangat di luar jangkaan dan peserta yang menyertai menggambarkan 1Malaysia.

Diadakan pada hari kedua Karnival Karangkraf 2013, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, Selangor baru-baru ini Autoshow Hyrax-Sinar Harian menerima 55 penyertaan di mana majoritinya datang dari Lembah Klang.

Bermula pada jam 2 petang, tapak autoshow diwarnai pelbagai kereta ubah suai yang bertanding dalam 11 kategori. Walaupun ruang yang sedikit terhad, setiap ruang pameran sesak dengan pengunjung yang ingin melihat dengan lebih dekat kreativiti peserta dan merakamkan gambar.

Menurut Penganjur Program, Khairul Ilhami, daya kreativiti peserta yang menyertai pameran autoshow berkenaan begitu menjangkaui imaginasi dan mempunyai kelainan tersendiri.

“Peserta rata-ratanya berumur 25 hingga 35 tahun dan kebanyakan dari Lembah Klang dan selebihnya dari Melaka, Pulau Pinang dan Perak.

“Kenderaan yang mengambil bahagian juga mempunyai nilai tersendiri berhubung reka bentuknya bagi memenuhi kriteria kategori dipertandingkan dan akan dilihat kepada kekemasan, bunyi audio, daya kreativiti mengikut kategori yang disertai,” katanya ketika kepada Pemotoran.

Juara Kategori Modifikasi Open Standard, Nesh, 23 berkata bidang modifikasi yang baru sahaja diceburinya itu memberikan tuah kepadanya yang mempertaruhkan Proton Persona.

“Dibeli beberapa tahun lalu, saya mengubah suai sepenuhnya kereta nasional ini dengan inspirasi watak X-Men Wolverine dengan nilai pelaburan RM40,000.

“Modifikasi yang saya lakukan  pada kereta keluaran 2009 ini melibatkan kit badan, sistem audio, stiker dan pencahayaan serta penambahan aksesori setiap kali menyertai pertandingan agar tidak kelihatan basi,” katanya.

Jelasnya, boleh dikatakan sebagai pendatang baru, kejayaan yang dicapai cukup mengagumkan.

Menggunakan warna Candy Oren pada badan luaran, untuk melapisi badan Proton Personanya itu, Nesh menyatakan ia sedikit rumit dan unik kerana si pengubah suai menggunakan kombinasi pemotongan stiker dan air brush.

Mula menjinakkan diri dalam modifikasi pada 1 November 2011, Nesh lebih mengambil konsep elegan sporty yang memerlukannya setahun untuk menyiapkan jentera X-Men itu.

Masuk ke bahagian kabin, nuansa oren nan mewah menyelimuti hampir sekujur bahagian dalam mulai dari tepi pintu, papan pemuka sehinggalah kepada kerusi. Warna Oren bahagian dalam dinamakan sebagai DNA dan dibeli terus dari Australia.

Melengkapkan imej X-Men anda akan terlihat dengan jelas abjad X di atas karpet kereta dan sepasang tangan Wolverine di bahagian kerusi belakang. Sistem pemanja telinga juga menjadi sasaran empuk Nesh untuk bermain-main serius. Sebagai pelengkap  suara serta
penyempurna tampilan kosmetik, Brian mengaplikasikan sejumlah perangkat visual diantaranya 6 unit monitor 7 inci, skrin 9 inci dan 15 inci.

Pernah muncul juara sebanyak tiga kali dalam kategori Standard, anak muda Batu Caves itu lebih mementingkan kepuasan serta berkumpul bersama peminat modifikasi yang lain.

Autoshow tersebut ditaja antaranya Hyrax Oil, Tom’s Sticker, D Force dan  Ultra Racing.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .