Home » , » Enggan Insiden Panas Berulang - Sathia

Enggan Insiden Panas Berulang - Sathia

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 9:00 PM

"JANGAN panas tak tentu pasal." Itu pesanan B Sathianathan kepada pemain ATM menjelang pertembungan Liga Super menentang Selangor di Stadium Paroi, malam ini.

Menurutnya insiden pergaduhan pada kempen Piala FA, 25 Januari lalu perlu dilupakan bagi memastikan misi tiga mata tercapai.

Kata Sathia lagi, pemain perlu fokus dan cuba elak daripada melayan sebarang provokasi daripada pihak lawan.

"Insiden panas itu perlu disejukkan. Lagipun perlawanan esok (malam ini) pasti berbeza.

"Sudah tentu ATM mahu membalas dendam ke atas Selangor. Tetapi sebelum itu, kami perlu baiki corak permainan terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

ATM kini menduduki tangga keempat liga mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan dan keputusan seri.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .