Home » » Shila Terima Nasihat Rakan Artis, Peminat

Shila Terima Nasihat Rakan Artis, Peminat

Written By Unknown on Wednesday, February 13, 2013 | 11:31 PM



KEMELUT percintaan pelantun lagu Patah Seribu ini mencuri tumpuan umum apabila hubungan cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada ayahnya, ND Lala.

Pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah ini bagaimanapun masih mendapat sokongan dari rakan artis dan peminatnya.

Menerusi Twitter, peminatnya tidak henti-henti memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada penyanyi ini. Tidak terkecuali rakan artis seperti Ana Raffali dan Faizal Ismail.

Pernah menghilangkan diri seketika, penyanyi kelahiran program realiti One In A Million (OAIM) ini masih sempat membalas setiap 'tweet' yang ditujukan kepadanya.

Kontroversi cinta Shila mula menjadi bualan hangat selepas ND Lala mendakwa Sharnaaz biadab kerana membelakanginya sebagai orang tua.

Bagaimanapun, surat Shila kepada media menjadikan isu ini semakin panas, ditambah pula kenyataan Sharnaaz yang mahu membatalkan hasratnya untuk merisik Shila.
 
Juara Asian Wave ini juga menghilangkan diri, bagaimanapun kemunculannya di konsert sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasionaldi Pulau Pinang, Isnin lalu, menghentikan spekulasi. Namun, Shila belum bersedia beri kenyataan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .