Home » , » Tidak perlu jawatankuasa siasat kemelut Insaniah

Tidak perlu jawatankuasa siasat kemelut Insaniah

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 4:05 PM


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan tiada keperluan untuk kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dan menyelesaikan kemelut kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah.

Katanya, ia tidak relevan kerana pihaknya mampu menyelesaikan masalah negeri tanpa campur tangan pihak luar.

“Nak suruh siasat apa? Jika nak siasat pergi lapor pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Itu reaksi Azizan terhadap cadangan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendesak Azizan menubuhkan segera jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan yang diluahkan kakitangan Insaniah, sejak beberapa tahun lalu.
Mengulas mengenai desakan sebahagian kakitangan Insaniah yang mahu permohonan maaf dibuat gara-gara kenyataan Azizan sebelum ini melabel mereka sebagai ejen Umno, Azizan berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian kerana apa yang didakwanya adalah benar.

“Kenapa perlu saya minta maaf, siapa mereka itu? Jika mereka tidak mahu bekerja di Insaniah, mereka boleh pilih kolej lain. Kita bayar gaji suruh bekerja, bukan untuk tunjuk perasaan,” katanya.

Azizan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah berkata, sekiranya kakitangan berkenaan ikhlas memperjuang kebajikan mereka, sepatutnya mereka datang bersemuka dengan beliau, bukannya mendedahkan isu dalaman kepada media.

“Memang mereka ejen Umno, jika tidak takkan pula Shahrizat bela mereka. Saya tidak kisah dengan desakan mereka, yang penting kecemerlangan Insaniah. Bukan saya yang panggil mereka kerja di Insaniah, mereka yang mohon, sekarang mereka
buruk-burukkan imej Insaniah pula,” katanya. 

Selasa lalu, lebih 20 kakitangan Insaniah mewakili 400 kakitangan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar berhubung ketidakpuasan hati terhadap pengurusan serta menuntut hak pembelaan. Memorandum diserahkan oleh Penolong Pendaftar
Kanan Insaniah, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhammad Helmi Mohamad Khalid.

Penyerahan memorandum kali ketiga ini berikutan kesal kerana Menteri Besar mengheret isu Insaniah ke kancah politik semata-mata untuk menutup kemelut kelemahan pentadbiran sejak beberapa bulan lalu.
Mereka turut terkilan dengan kenyataan Azizan yang menuduh kakitangan Insaniah yang cuba berunding dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) termasuk kakitangan yang bersuara mahu kebajikan dibela, sebagai ejen Umno.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .