Home » , » Jangan dihabis 8 jam kerja dengan berpolitik - Cuepacs

Jangan dihabis 8 jam kerja dengan berpolitik - Cuepacs

Written By Zanuddin Yaacob on Saturday, February 23, 2013 | 3:53 PM


SHAH ALAM - "Kita tak mahu kakitangan awam bekerja lapan jam sehari dihabiskan dengan politik."

Demikan menurut Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman.

Omar mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengkhianati akujanji yang telah dibuat sebelum pelantikan mereka, malah menjadi tanggungjawab untuk merahsiakannya daripada pengetahuan umum.

"Kalau dia nak cerita hal lain tak apa, asalkan akujanji mereka simpan maklumat dan rahsia kerajaan tidak didedah kepada umum.

"... kita tak fokus parti mana pun untuk berpolitik, kalau boleh biarlah penjawat awam sokong kerajaan, tak boleh laporkan rahsia kerajaan kepada pihak lain," katanya yang dihubungi Sinar Harian Online.
Omar juga memberi amaran supaya penjawat awam yang ingin berpolitik agar tidak memburuk-burukkan kerajaan dan menghentam pemimpin negara sepanjang waktu bekerja di pejabat.

Sikap tidak bertanggungjawab itu kata beliau, perlu dielakkan kerana khuatir menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

"Kalau cerita kata kerajaan tak betul dan sebagainya, itu tidak patut dilakukan.
"... kerajaan bayar gaji mereka, tak adil jika penjawat awam memburuk-burukkan kerajaan.
"... kita tak mahu kakitangan awam bekerja lapan jam sehari dihabiskan dengan politik," tegasnya.
Beliau mengingatkan penjawat awam supaya membantu kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.
Omar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin tang memberi amaran kepada penjawat awam yang terbabit dengan kegiatan politik tanpa kebenaran daripada ketua jabatan ataupun berpolitik dalam waktu kerja boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan pekeliling yang membenarkan kumpulan pelaksana iaitu dari Gred 1 hingga Gred 40 terbabit dalam politik tetapi perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, antaranya mesti mendapat kebenaran daripada ketua jabatan dan berpolitik selepas waktu pejabat.
Dalam pada itu, bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani menggesa penjawat awam yang berhasrat untuk menceburi bidang politik supaya meletakkan jawatan bagi memastikan tanggungjawab mereka kepada negara tidak terabai.

Muhammad menegaskan, sekiranya kakitangan kerajaan benar-benar serius dalam politik, mereka sepatutnya tidak mencampuradukkan antara tugasan dan politik yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan jentera kerajaan berfungsi dengan baik sekali dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
"Kalau mereka nak bermain politik, mereka patut letak jawatan dan tumpu kepada politik, melainkan mereka boleh membahagikan masa yang sesuai.

“... sekiranya mereka berminat dalam politik, sewajarnya mereka meminta kebenaran daripada ketua jabatan itu sendiri, dia tak boleh berpolitik merata-rata dan ambil kesempatan,” katanya lagi.

Tambah Muhammad, beliau mendapati ramai penjawat awam yang terlibat dalam politik bukannya secara serius, sebaliknya sebagai ejen propaganda parti politik tertentu yang berperanan menghasut generasi muda dan memburuk-buruk kerajaan serta pemimpin negara.
Beliau kesal apabila terdapat segelintir guru di sekolah yang mengambil kesempatan terhadap pelajarnya dengan menyebarkan dakyah pembangkang, sekali gus boleh merosakkan minda generasi muda.
“Saya bersetuju (ambil tindakan) dan kita tertanya-tanya dari dulu lagi penjawat awam yang menjalankan kegiatan politik semasa bertugas.
“... ada guru mempengaruhi murid-murid supaya memberi sokongan kepada parti-parti tertentu, memburuk-burukkan kerajaan, jadi ia merosakkan minda generasi muda, ini satu perbuatan yang tidak baik.
“... mereka itu bukan minat menjadi pemimpin politik pun, tetapi dia berminat untuk memburuk-burukkan atau menghasut murid-murid,” tegasnya sambil menyifatkan penjawat awam yang terlibat dalam politik tidak menguntungkan, sebaliknya merugikan rakyat.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .