Home » , » Artis Veteran Malaysia - Wahid Satay

Artis Veteran Malaysia - Wahid Satay

Written By Unknown on Tuesday, March 12, 2013 | 2:21 PM

Artis veteran seperti Wahid Satay ini sudah masak dalam dunia lakonan...akan tetapi bukannya mudah untuk menempa nama supaya sentiasa di ingati di hargai dengan jasa yang di taburkan untuk menghibur semua orang..


Siapa sangka, biarpun menjangkau usia emas, namun penghibur veteran masih mampu memberi persembahan bertenaga pada majlis Malam Amal Bintang Legenda yang diadakan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Majlis bertemakan era 50-an, Tiada Yang Lama Tiada Yang Baru itu merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Malaysia (PKAVM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Antara penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu adalah Rozita Rohaizad, Hail Amir, Halil Chik, Aspalela Abdullah, Sofea Ibrahim, Hashimah Yon dan Musly Ramlee yang membawakan rangkaian lagu seperti Darah Muda, Tambak Johor, Gurindam, Istana Cinta dan sebagainya.

Pengerusi PKAVM, Datuk Aziz Satar berkata, majlis itu diadakan  bagi mengutip dana bantu anggota persatuan yang menghidapi penyakit kronik, selain mengurangkan beban kewangan mereka.

“Dana dikumpulkan cukup besar ertinya. Walaupun persatuan ini masih baru namun kita tetap tabah membantu ahli yang kini seramai 200 orang,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Filem Negara Malaysia (Finas), Datuk Md Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Dalnish Shah.

Antara artis veteran yang hadir memeriahkan majlis itu termasuklah Seniwati Neng Yatimah, Nona Asiah, Wahid Satay, Wazata Zain dan Mariani.

Pada majlis itu, potret Seniman Negara, Tan Sri P Ramlee dilelong dengan nilai RM1,000 dan KPKK menyumbang RM20,000 serta dua komputer riba kepada PKAVM dan Aziz turut menerima Anugerah Khas Jasamu Dikenang.

Dalam pada itu, Raja Rozaimie berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan penggiat seni, malah sentiasa membela mereka.

“Bantuan mencakupi penggiat kraf, pelakon, penyanyi dan sebagainya itu diharap dapat menyuntik semangat mereka terus berkarya. Selain bantuan penyakit kronik, kerajaan turut beri bantuan khairat kematian dan bantuan bencana kepada mereka,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .