Keupayaan aktres, Nadiya Nisaa dalam menghidupkan sesuatu watak yang dipegang menerusi lakonan drama yang ditawarkan kepadanya memang tidak dapat dinafikan lagi.
Tidak hairanlah pelakon yang terkenal dengan drama Adam dan Hawa ini sering diberi kepercayaan oleh pengarah dalam menjayakan drama mahupun filem tempatan.
Menerusi drama terbaru Cinta Jangan Pergi arahan pengarah hebat, Kabir Bhatia, Nadiya sekali lagi berjaya memainkan peranan yang cukup mantap sebagai Elina.

Namun dalam keberkesanan lakonannya, ada pihak menganggap Nadiya telah menenggelamkan watak utamanya, Lea Soraya yang dimainkan oleh pelakon Tiz Zaqyah.
Menjelaskan salah faham yang berlaku, Nadiya berkata watak Elina yang dibawa berperanan menghidupkan suasana ceria dan menyokong watak utama dalam drama tersebut dan sebagai pelakon, dia hanya mahu lakukan yang terbaik bagi menjayakan drama tersebut.
"Elina adalah teman rapat Lea Soraya. Karakter mereka berdua juga berbeza di mana Elina seorang yang ceria dan gila-gila berbanding Lea yang begitu konsisten dengan perancangan kehidupannya.
"Sebagai pelakon yang diberi tanggungjawab menggalas watak sokongan, saya rasa tidak ada isu 'overshadow' kerana semua memiliki peranan menghidupkan watak masing-masing," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nadiya memberitahu, sebelum memulakan sesi penggambaran, pengarah telah menjelaskan secara terperinci mengenai watak dalam drama itu.
"Saya dan pengarah telah berbincang mengenai watak ini sebelum saya lakonkannya dan sebagai pelakon saya hanya mahu lakukannya dengan baik.
"Kalau mahu kata kami penyeri dalam drama ini, memang betullah. Tambahan pula keserasian antara saya dan Bil Azali dan Tiz membantu menghidupkan lagi watak kami semua," jelasnya.

0 ulasan:
Post a Comment