BINTANG golf Amerika Syarikat, Tiger Woods dan juara luncur ski dunia, Lindsey Vonn akhirnya mengakui hubungan cinta mereka.
Menurut Woods, pada mulanya hubungan mereka sekadar rakan biasa namun selepas mengenali Vonn, dia akhirnya nekad untuk menjalinkan hubungan lebih serius.
"Saya dapat merasakan dia adalah wanita yang diimpikan selama ini.
"Mungkin ada yang kurang senang mengenai hubungan kami, namun saya anggap ia satu cabaran untuk saya lebih mencintai Lindsey.
"Saya juga berharap hubungan cinta antara kami berdua dapat diakhiri dengan sebuah perkahwinan yang sah," katanya.
Woods berpisah dengan isterinya, Elin Nordegren pada 2010 selepas terbabit dalam skandal seks yang mendapat publisiti meluas media.
Manakala Vonn, pemenang pingat emas di Olimpik musim sejuk Vancouver, bercerai dengan suaminya, Thomas Vonn selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Mereka berpisah pada 2011.
0 ulasan:
Post a Comment