Home » , » Datuk Dan Pembantu Di Tahan - Penyamar Untuk Menipu

Datuk Dan Pembantu Di Tahan - Penyamar Untuk Menipu

Written By Unknown on Monday, March 11, 2013 | 8:22 AM

Dua orang Datuk berserta pembantu telah diberkas ekoran berlaku satu kes penipuan...memang dua orang ini dah boleh bergelar datuk oleh kerana umurnya dah boleh jadi datuk..rupa-rupanya mereka ini penyamar untuk melakukan sindiket tipu duit orang..ish!!! ish!!!

Dua lelaki yang menyamar sebagai 'Datuk' ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan ke atas seorang peniaga, membabitkan wang berjumlah RM166,000.

Dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 54 dan 41 tahun, dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula semalam bersama dua lagi individu yang menyamar sebagai pembantu peribadi dan 'runner'.

Majistret membenarkan permohonan polis untuk menahan reman kesemua lelaki itu sehingga 12 Mac ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Perintah reman dikeluarkan pada jam 10.45 pagi selepas setengah jam keempat-empat suspek tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh.

Keempat-empat suspek ditahan pada petang dan malam, kelmarin, di sekitar bandar raya ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Salah seorang suspek merupakan seorang peniaga kedai makan, manakala tiga lagi difahamkan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ahli sindiket berpakaian kemas menggunakan pelan tanah palsu bagi menipu mangsa dengan menyamar sebagai ‘Datuk Syed’ dan ‘Datuk Sulaiman’ yang bekerja di sebuah Pejabat Tanah dan Galian di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Maszely Minhad mengesahkan tangkapan tersebut dan dipercayai ramai lagi mangsa terlibat dalam penipuan itu, serta siasatan lanjut dijalankan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .