Home » , » Betulkah Yuliana Ada Gangguan Mental ? - Amah

Betulkah Yuliana Ada Gangguan Mental ? - Amah

Written By Unknown on Monday, March 11, 2013 | 8:45 AM

Kes pembantu rumah yang melambung bayi ditangguhkan...ekoran ada sedikit gangguan mental daripada Yuliana..sebab itulah kes ini ditangguh bagi mempastikan betul ke gangguan mental ataupun memang perangai buruk..memanglah tiada manusia sanggup melambung bayi macam dia buat tu..sedangkan haiwan pun sayang anak -anaknya..

Keputusan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dikenakan terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana, 23, yang didapati bersalah menghempas, melambung dan menganiaya bayi majikannya berusia empat bulan, 19 Februari lalu ditetapkan 12 Mac depan.

Permohonan dikemukakan peguam T Viyayandran yang dilantik Kedutaan Indonesia bagi membolehkan  pembantu rumah itu dihantar ke hospital psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menetapkan keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Viyayandran.

Pada 19 Februari lalu, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap Yuliana selepas dia mengaku bersalah pertuduhan menghempas, melambung dan menganiaya bayi, Mohamed Hareez Mohamed Zamri, di kediaman ibu bapa mangsa di Nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini,15 Februari lalu.

Dalam prosiding semalam,  Vijayandran memaklumkan kepada mahkamah bahawa perlakuan dan tindakan anak guamnya terhadap bayi berkenaan menunjukkan tanda bahawa wanita itu mengalami gangguan mental.

“Tindakannya  terhadap bayi itu  bukan satu kelakuan normal dan jelas di luar  kewarasan kerana haiwan pun tidak melakukan perkara itu terhadap anaknya.

“Anak guam saya juga memiliki rekod rawatan psikiatri di sebuah hospital di Medan beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa tempoh tahanan reman terlalu singkat dan keadaan mentalnya jpasti tidak stabil ketika soal siasat dilakukan.

“Sepatutnya dia dihantar menjalani pemeriksaan mentalnya terlebih dulu sebelum siasatan atau pendakwaan dijalankan ke atasnya.

“Selain itu semasa pertuduhan dikemukakan disusuli dengan hukuman, dia  juga tidak diwakili peguam  dan tiada wakil Kedutaan Indonesia yang hadir bagi menasihatinya,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .