Home » , » Fesyen Lukisan Perut Di Barat - Untuk Wanita Mengandung Sahaja

Fesyen Lukisan Perut Di Barat - Untuk Wanita Mengandung Sahaja

Written By Unknown on Friday, March 29, 2013 | 12:52 PM


Wanita mengandung di barat sudah ada seni bagi menghiasi perut yang besar ,bagi mencantikkan lagi serta memeriahkan suasana di dalam seisi keluarga.
London: Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.
Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.
Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu. 
Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.
“Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.
“Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.
“Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.“Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.
Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.
Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi. - Daily Mail






Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .