Home » , » Filem Argo Bakal Di Saman Iran

Filem Argo Bakal Di Saman Iran

Written By Unknown on Saturday, March 16, 2013 | 3:22 AM

SEBELUM ini Iran berkata akan menghasilkan filem sendiri sebagai tindak balas terhadap Argo. Kini, Teheran pula merancang untuk menyaman pembikin filem Hollywood yang terlibat dalam menghasilkan filem propaganda anti-Iran tersebut.

Menurut laporan media, pegawai rasmi Iran telah berbincang dengan peguam Perancis yang terkenal tentang memfailkan saman seumpama itu.

“Saya akan mempertahankan Iran melawan filem seperti Argo, yang dihasilkan di Hollywood untuk merosakkan imej negara,” kata Isabelle Coutant-Peyre.

Argo hasil arahan Ben Affleck, di mana beliau turut berlakon dalam filem tersebut.

Filem yang didakwa daripada kisah sebenar itu mengisahkan tentang usaha menyelamat pegawai diplomat Amerika semasa krisis di Iran.

Berdasarkan laporan agensi rasmi Iran, Mehr News, Iran merancang untuk membiayai filem bertajuk The General Staff yang mengisahkan tentang 20 tebusan Amerika Syarikat yang diserahkan kepada Amerika oleh pihak Iran.

“Filem Amerika ini menjelaskan warga Iran sebagai tidak rasional, terlalu beremosi, gila dan kejam. Pada masa sama, ejen CIA digambarkan pemberani yang penuh patriotik,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .