Home » , » Kenapa Anna Raffali Tak Putus Berdoa ?

Kenapa Anna Raffali Tak Putus Berdoa ?

Written By Unknown on Thursday, March 7, 2013 | 10:07 AM

MELANGKAH ke gerbang perkahwinan mungkin menjadi impian buat semua pasangan.

Bagi penyanyi dan komposer berbakat Ana Raffali, ikatan perkahwinan yang dijalinkan bersama Ahmad Aznaim Abdullah, 31, Februari tahun lalu memberi kebahagiaan yang tidak ternilai buat dirinya.

Ana Nur Hidayah Mohd Razali, 27, atau lebih mesra di sapa Ana berkata, kegembiraan yang menghiasi kehidupannya kini membolehkan dia lebih fokus terhadap kerjaya seni.

"Alhamdulillah, setelah hampir setahun bergelar isteri saya memang gembira dan bahagia bersamanya. Bagi saya ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai sepanjang kehidupan saya.

"Jika saya menghadapi situasi yang sukar untuk mencipta lagu, suami sentiasa ada untuk menemani saya. Walaupun dia hanya duduk di sebelah saya, namun kehadirannya memberi inspirasi dan memudahkan saya untuk mendapat idea yang baik," katanya sambil tersenyum.

Menyentuh mengenai kehadiran cahaya mata, Ana bagaimanapun memberitahu dia dan suaminya sentiasa menunggu masa untuk menimang anak.

"Kami tidak merancang dan ALLAH lebih tahu. Mungkin belum ada rezeki kami berdua untuk menimang cahaya mata.

"Saya dan suami hanya berdoa dan berserah mengenai perkara itu dan hanya mampu menantikan yang terbaik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Kali Pertama daripada penyanyi Asmidar yang dijalankan di Black Box, Publika, kelmarin.

Cipta lagu untuk Asmidar

Bercerita mengenai lagu Sepasang Sudu yang disumbangkan dalam pembikinan album penyanyi Asmidar, Kali Pertama, Ana memberitahu itulah kali pertama dia mencipta lagu untuk penyanyi lain.

Katanya, dia berpuas hati dengan nyanyian Asmidar mendendangkan lagu tersebut dan menganggap karyanya itu cukup sesuai dengan suara penyanyi tersebut.

"Lagu ini saya cipta pada 2008 dan ia mengisahkan mengenai kisah dua sahabat yang menyukai satu sama lain namun sukar untuk meluahkannya.

"Bagi saya, suara Asmidar memang sesuai dengan lagu itu dan bila pihak Warner Music Malaysia buka peluang, saya cuba pertaruhkan lagu ini untuk dinyanyikan oleh Asmidar.

"Saya rasa, Sepasang Sudu sudah jumpa tuannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ana memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya, Jauh ke Syurga yang kini semakin mendapat perhatian peminatnya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .