Home » , » Perang Sengketa Antara Dua Artis Malaysia

Perang Sengketa Antara Dua Artis Malaysia

Written By Unknown on Sunday, March 10, 2013 | 12:39 PM

Sengketa diantara artis sudah lama berlaku ,,sejak dulu-dulu lagi...tetapi sekarang ini nama yang diberi adalah gosip artis...dalam dunia hiburan pasti terjadi sengketa antara yang tidak puas hati ..tidak sefahaman pendapat dan pelbagai ragam dalam dunia penuh glamour..

Persengketaan di antara selebriti bukanlah perkara baru dalam industri hiburan. Malah, tidak kurang juga yang bertindak membawa kes pergaduhan mereka ke mahkamah. Ada juga pergaduhan yang hanya melibatkan perkara kecil sahaja misalnya, kes perebutan seorang lelaki di antara dua aktres.

Turut terheret dalam masalah ini, pelakon yang sedang meningkat naik, Nur Fathia Abdul Latiff, dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh.
Pergaduhan itu kononnya disebabkan seorang lelaki yang juga bekas kekasih Marsha yang kini intim bersama pelakon drama, Laila Asyikin itu.

Pantas menafikan khabar angin itu, Marsha, 28, akui terkejut dengan berita itu dan memberitahu tidak mengenali Fathia secara rapat.

"Kenapa saya hendak bergaduh dengan dia? Saya rasa, ada pihak ketiga yang cuba melaga-lagakan kami dengan fitnah sebegini. Saya pun tidak pasti siapa lelaki yang dimaksudkan kerana sudah hampir setahun saya solo. Kami pernah bertegur sapa tetapi tidak rapat.

"Kami pernah bertemu dalam majlis hiburan dan digandingkan bersama dalam sesi fotografi majalah. Namun, tidak pernah ada pertelingkahan atau bermasam muka ekoran perkara ini," kata bekas pelajar, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ini.

Enggan jaja kisah peribadi

Pengalaman di dalam industri yang penuh pancaroba menjadikan Marsha kurang senang untuk berbicara mengenai kisah peribadi lagi. Malah, menurut Marsha, dia tidak mahu masyarakat dan peminat memandangnya kerana gosip dan kontroversi yang timbul.

"Saya malas nak ambil pusing dalam hal ini kerana ia sememangnya tidak benar dan fitnah semata-mata. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi terkait dalam kisah-kisah kontroversi, namun apakan daya, saya tidak dapat mengelak.

"Namun, saya berharap agar peminat dan masyarakat di luar sana lebih bijak dalam menilai perkara ini. Saya tidak mahu kontroversi mengatasi karier seni saya," katanya yang bakal muncul dalam filem animasi stereoskopik pertama Malaysia, Bola Kampung The Movie.

Mengakui pertama kali berlakon untuk filem animasi, Marsha bakal menggalas watak sebagai Puteri Amanda. Selain itu, Marsha juga bakal membintangi filem, Laga dan tampil dengan single ciptaan sendiri, tidak lama lagi.

Kami hanya berkawan: Fathia

Sementara itu, pelakon jelita, Nur Fathia, 25, mengakui dia mengenali bekas teman lelaki Marsha dengan baik. Namun pelakon Stanza Cinta ini menafikan ada hubungan istimewa antara mereka.

"Saya memang ada berkawan dengan bekas kekasihnya. Namun, hubungan itu hanyalah kawan biasa sahaja," katanya.

Fathia turut menafikan hubungannya dingin bersama Marsha. Jelasnya, isu itu timbul mungkin kerana salah faham tentang hubungannya bersama lelaki itu.

"Saya dan Marsha, tidak pernah bergaduh dan saya mohon jangan memperbesarkan isu ini," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .