Home » , » Nantikan Kemunculan Konsep Amal 19 April - Jamal Abdillah

Nantikan Kemunculan Konsep Amal 19 April - Jamal Abdillah

Written By Unknown on Wednesday, March 13, 2013 | 12:32 PM

Baguslah kalau ramai artis buat konsep amal ini..teruskan niat baik mu..

RAJA Pop, Jamal Abdillah akan mengadakankonsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban di sini pada 19 April
ini.
   
Pengurus Besar hotel Mashor Din berkata, kutipan amal konsert solo itu akan disumbangkan kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mengubah suai dan menaik taraf taman permainan kanak-kanak hospital berkenaan.

"Konsert sempena Minggu Setiausaha ini akan
bermula 8.30 malam dan dijangka kira-kira 1,200 orang akan menghadirinya," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri penyanyi popular itu.
   
Sementara itu, Jamal berkata, beliau akan mendendangkan kira-kira 20 buah lagu popularnya dalam pelbagai jenis genre muzik pada konsert itu yang akan berlangsung selama dua jam.
   
"Persembahan saya akan diiringi pemuzik profesional dan saya berharap penonton akan terhibur," katanya.
   
Tiket berharga RM350, RM180 dan RM99 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.
   
Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666666 / 06-7666888 / 06-7666210 / 06-7666208. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .