Artis Malaysia sensasi dan terkenal...Gambit
SETELAH dihambat pelbagai kontroversi, ramai menyangka aktor Karipap-Karipap Cinta, merajuk dari industri hiburan.
Namun, telahan itu ternyata meleset apabila Zass menerima undangan untuk mengadakan sesi fotografi bersama pengarah dan juga penerbit muda ini.
Hadir dengan semangat baru, Gambit Saifullah atau lebih mesra disapa Gambit kelihatan yakin dengan hala tuju karier seninya. Optimis membina produksinya sendiri, Eightball Productions Sdn Bhd, anak jati Kuala Lumpur ini enggan menoleh ke belakang lagi.

"Dakwaan mengatakan saya merajuk tidak benar, banyak tawaran filem yang diterima sebaliknya saya terpaksa tolak disebabkan mahu beri perhatian sepenuhnya dengan rancangan Game Show produksi Astro yang kini sibuk dijalankan sebanyak 13 episod.
"Kali terakhir saya muncul dalam drama siri Tanah Kubur, ini bukan bererti saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon untuk filem mahupun drama, sebaliknya jadual kerja saya sibuk.
"Ada juga saya terima tawaran lakonan, tetapi saya terpaksa menolaknya atas faktor-faktor tertentu," katanya yang pernah membintangi filem Misteri Jalan Lama, Cinta, Susuk, Rasukan Ablasa dan Hantu Bukit Cina.
Akui semakin cerewet memilih lakonan, Gambit berkata, dia bukannya mahu mendabik dada, sebaliknya demi kebaikan kariernya sendiri.
"Memang jika dengar secara kasar, bunyinya seperti demand dan cerewet, namun melihat dari perspektif lebih luas, apa yang saya ingin lakukan hanya untuk memastikan pelakon tidak terus ditindas terutama dari segi hak eksklusif dan bayaran diletakkan.
"Bukan cakap kosong atau sengaja mencetuskan isu, sebaliknya saya sendiri banyak kali berdepan masalah seperti ini sebab itu saya lebih berhati-hati dalam menerima tawaran berlakon," katanya.
Dituduh sombong
Sejak awal pembabitannya dalam dunia seni, nama Gambit boleh dikatakan agak panas dengan pelbagai gosip dan kontroversi. Selain kontroversi klip video Prima Yin arahannya, Gambit turut dilabel sebagai aktor yang sombong. Malah kemunculannya menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia awal tahun ini turut mengundang rasa senang segelintir pihak.
"Memang orang nampak perwatakan saya sombong dan sukar didekati. Ada orang cakap saya pelik, tapi perkara itu terjadi apabila pemikiran kita tak selari. Walhal saya hanya manusia biasa.

"Sampai bila kita nak dengar cakap orang, sedangkan kita sendiri ada sasaran keinginan diri yang nak dicapai. Menjadi hipokrit itu biasa buat seorang pelakon, tapi bukan saya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai persepsi masyarakat terhadap penglibatannya dalam program Fear Factor itu, Gambit tidak menafikan dia banyak menerima komen negatif di laman Twitternya.

"Memang saya nampak 'jahat' dalam program itu, tetapi ia sekadar ekspresi. Masyarakat harus lebih terbuka menilai program-program realiti seperti ini," katanya.
Menyentuh mengenai namanya yang masih terheret sama dengan perang dingin yang berlaku ke atas dua aktres, Julia Zigler dan Sharifah Sakinah, aktor yang berusia 28 tahun ini segera mengharapkan yang terbaik untuk mereka semua.
"Isu ini dah lama berlarutan. Saya tak ada masalah dengan mereka. Kalau kami bertemu, kami masih boleh bertegur sapa. Kita semua dalam satu industri dan akan sentiasa berjumpa. maka saya berharap mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik," kata Gambit yang enggan lagi membesarkan isu tersebut.
Bakal jadi penyanyi
Belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya, Gambit berkata, keutamaannya kini masih terhadap karier seninya. Selain sibuk menguruskan produksinya, siapa sangka anak sulung daripada lima beradik ini mempunyai bakat terpendam dalam nyanyian.
"Saya memang minat menyanyi, tetapi sebelum ini saya tak pernah terfikir untuk serius. Namun atas dorongan pengurus baru saya, Lina, barulah terdetik untuk cuba menyanyi dan juga mengacara.

"Dia yakin dengan kebolehan saya dan Insya-ALLAH saya lebih serius dengan kedua bidang ini," katanya.
Menyedari industri semakin dihujani bakat baru, Gambit bagaimanapun tidak pernah rasa tergugat dengan kehadiran mereka. Bagi Gambit, setiap orang mempunyai bakat dan rezeki tersendiri.
"Tujuh tahun dalam industri memberi pengalaman pahit dan manis buat saya. Industri hiburan ini bukan semuanya seronok. Paling mengingatkan saya apabila kita bercakap yang benar, namun orang sukar untuk menerimanya.
"Macam mana pun, saya tetap sayangkan karier seni saya. Walaupun banyak dugaan, tapi saya percaya mesti ada jalan penyelesaian," katanya.

0 ulasan:
Post a Comment