Home » , » Penipuan Membawa Padah

Penipuan Membawa Padah

Written By Unknown on Thursday, March 7, 2013 | 10:37 AM

Seorang juruteknik komputer yang digelar sebagai kasanova mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini semalam atas dua tuduhan menipu seorang wanita, tahun lalu.

Prabaharan Kesavan, 45, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Najib Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, Prabaharan didakwa memperdayakan Jeyanthi Marimuthu, 49, untuk menyerahkan barang kemas milik mangsa yang kononnya digunakan untuk cuci dan dikilatkan.

Padahal, lelaki itu didakwa menggadaikan barang kemas dan menggunakan hasil gadaian berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Nibong Indah, Lorong Aziz Ibrahim, Sungai Nibong, Bayan Lepas, kira-kira jam 2 petang, 9 Disember lalu.

Lelaki itu juga didakwa memperdayakan mangsa yang sama untuk menyerahkan wang tunai RM18,000 bagi tujuan membuat tempahan ruang untuk majlis perkahwinan anak perempuan mangsa di Hotel Vistana, di sini.

Kejadian itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Queensbay Mall, di sini, kira-kira jam 3 petang hingga 4 petang, 13 Disember lalu.

Kedua tuduhan di atas dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh Mahinder Singh, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Tedahulu Mohd Najib membenarkan Prabaharan yang diwakili peguam Md Yusuf Idris, dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap satu pertuduhan sementara menunggu sebutan kes pada 27 Mac ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .