Home » , » Saksikan Langgar Daripada Sein Untuk Semua

Saksikan Langgar Daripada Sein Untuk Semua

Written By Zanuddin Yaacob on Friday, March 22, 2013 | 10:12 PM


Filem terbaru bakal gegarkan panggung wayang tanah air dengan barisan pelakon yang hebat dan ternama tanah air..
PELAKON Adam Maya, Syed Hussein atau Sein mengorak selangkah lagi dalam industri perfileman tanah air apabila tampil dengan filem pertama arahannya, Langgar.
Filem aksi itu dibintangi barisan pelakon berpengalaman seperti Hans Isaac, Adi Putra, Namron, Khir Rahman, Natasha Hudson dan Zul Huzaimy.
Akui teruja ketika hari pertama penggambaran, Sein tidak menolak turut merasa gelisah.

"Saya tak sabar nak pergi ke set penggambaran daripada rasa risau tapi saya gelisah juga. Cuma gelisah itu saya tukar ke arah positif.
"Masuk minggu kedua, keterujaan itu berubah. Saya tak tahu nak terjemah dalam perkataan tapi berubah ke arah yang baguslah," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Majlis Pelancaran Filem Langgar, Selasa lalu.

Apabila filem baru keluar di pawagam, hasilnya pasti akan dibanding-bandingkan dengan filem lain, mengulas mengenai perkara itu, Sein menganggap perkara tersebut sesuatu yang positif.
"Perbandingan akan ada sama ada filem dari dalam atau luar negara. Saya sendiri pun akan bandingkan juga.

"Cuma, kena tengok perbandingan dari segi apa. Aksinya atau kandungannya . Bagi saya ia positif sebab apabila ada perbandingan maknanya orang tengok filem itu," katanya.

Sementara itu, pelakon cantik yang kini sudah berhijab, akui belum melihat hasil filem tersebut di mana dia memegang watak Amanda.

Natasha Hudson berlakon dalam filem itu ketika belum berhijrah dan babak lakonannya sebagai bekas penagih dadah dan yang mempunyai sejarah hitam mungkin akan dikritik apabila filem tersebut ditayangkan, bulan depan.

"Saya tak tengok apa-apa lagi, cuma 'trailer'. Tapi saya ingat babak lakonan saya.
"Nak kata panas tak juga tapi agak... 'no sexual element’. Tapi ganaslah. Sebab saya berlakon sebagai gadis yang Radzi (Namron) kutip di tepi jalan dan menjadi kekasih dia," katanya yang kini hamil lapan bulan.

Tambahnya, "saya dah bersedia berdepan dengan kritikan."

Langgar bakal menemui penonton pada 11 April di lebih 70 pawagam seluruh Malaysia.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .