Pelakon berusia 40-an ini cukup terkenal dengan fesyen peliknya setiap kali hadir majlis anugerah.
Namun sejak akhir-akhir ini, Didie Alias, dikritik peminat kerana penampilannya yang terlalu pelik dan menjolok mata. Malah penampilannya itu turut dibandingkan dengan anaknya yang semakin membesar.
“Mana ada seksi. Kalau pakai apa-apa pun saya tetap nampak seksi.
“Malah anak-anak saya tidak kisah dengan penampilan ini, mereka faham dengan kerjaya ibu mereka,” katanya.
Tegas Didie, anak-anaknya tidak pernah malu dengan imej yang ditonjolkan itu.
“Insya-ALLAH, bila tiba masanya saya akan berubah, namun tidak akan bersara tetapi akan memperlahankan aktiviti seni,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment