Home » , » Tertangkap Khalwat Bersama Gadis Indon - Denda RM1800

Tertangkap Khalwat Bersama Gadis Indon - Denda RM1800

Written By Zanuddin Yaacob on Wednesday, March 6, 2013 | 1:18 AM

Seorang penjawat awam didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang wanita warga Indonesia, di sebuah rumah, dekat Mantin, di sini, Jumaat lalu.

Miswandi Samin, 54, dan pasangannya Dewi Maryanti, 23, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor di hadapan mereka selepas masing-masing membuat pengakuan bersalah.

Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd Helmi Nasran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan Wan Mohd Helmi selepas dia gagal memberi alasan sebab kes tersebut tidak boleh dijalankan secara terbuka.

Mengikut pertuduhan, Miswandi yang bekerja di Putrajaya bersama pasangannya, seorang pekerja kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram, kerana kedua-duanya bukan mahram atau suami isteri dengan berkurung sehingga menimbulkan syak.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma Villa di Kolej Lagenda, Mantin, kira-kira 5.15 petang.

Miswandi merupakan bapa kepada dua anak dalam rayuannya mengaku menyesal atas perbuatan dilakukannya dan ia merupakan kesalahan kali pertama.

Wan Mohd Helmi berkata, tertuduh yang akan bersara tahun hadapan sepatutnya menjaga nama baik jabatan tempat dia bekerja.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .